Bantu Gelandangan bersama-sama Idea Master dan Hai Blogger #BantuGelandangan2016


Haritu Aten dan rakan blogger lain dari Hai Blogger telah menyertai projek CSR iaitu bantu gelandangan di sekitar Kuala Lumpur bersama-sama dengan satu syarikat pencetakan iaitu Idea Master. Korang pernah dengar syarikat Idea Master?


Idea Master ditubuhkan pada tahun 2010 dan merupakan satu syarikat pembekal pencetakan baju, jaket korporat, baju korporat, trofi, medal dan cenderamata terbesar di Shah Alam. Projek #BantuGelandangan2016 ini merupakan salah satu projek CSR Idea Master sempena ulang tahun mereka yang ke-6. Antara produk yang mereka bekalkan ialah tshirt printing, jaket korporat, uniform korporat dan cenderamata korporat seperti mug, pen, towel, keychain, notepad, pendrive dan macam-macam lagi. Boleh download katalog percuma mereka di www.ideamaster.com.my . Percaya atau tidak, mereka ada kilang cetak baju sendiri dan tak mustahil untuk dorang siapkan baju denga pantas. Mereka sangat mementingkan harga berpatutan, kualiti bagus dan customer servis yang terbaik. Tak percaya? Cuba datang ke Showroom dorang dan tengok macamana staf Idea Master layan korang. Setiap blogger yang pergi akan dapat satu baju percuma dari Idea Master. Aten dah cuba baju tu. Kualiti sangat awesome sangat selesa. Iloikee!

Alamat HQ Idea Master: 
(Khas untuk Cetak Baju, Jaket Korporat dan Baju Korporat)
Idea Master Creation Sdn Bhd, VG-4 Jalan Plumbum V7/V, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Alamat Cawangan Idea Master: 
(Khas untuk Trofi, Medal dan Cenderamata Korporat)
Idea Master Global Sdn Bhd, No.8A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

IG: @ideamaster2u
Facebook: facebook.com/ideamasterpage



Malam tu, kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan dan kitorang edarkan sumbangan makanan, minuman dan pakaian untuk homeless di sekitar KL. Alhamdulillah hampir habis kitorang edarkan semua sumbangan tersebut. Gembira mereka dapat sumbangan dari Idea Master.






Terima kasih Idea Master dan Hai Blogger untuk kesempatan yang diberi. Ini merupakan pengalaman pertama Aten memberi sumbangan kepada homeless. Sangat sebak melihat mereka yang tidur bergelimpangan dan kesejukan. Event ni membuatkan Aten sentiasa bersyukur dengan apa yang Aten ada sekarang ni dan tak lagi mengadu dan merungut dengan apa yang tidak cukup sebab ada lagi yang lagi susah dari Aten T.T

Post a Comment

1 Comments