D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat kini berkonsepkan 3 dalam 1


Haritu Aten dan rakan bloggers dan rakan media telah ke satu food review yang berlokasi di Seksyen 13, Shah Alam.

Pernah dengar restoran D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ?
Mesti korang pernah dengar kan? Mesti selalu pergi kan? Aten je noob baru tau tempat ni. Kuikui :3



Tempat yang sangat selesa dan mudah dicari. Guna waze je mesti sampai punya. Hehehe. Restoran ini dapat menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 22o orang dibahagian ruang terbuka. Terdapat kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas.



Apa yang barunya di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ?
Kalau korang nak tau, sekarang D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat menyediakan makanan berkonsepkan 3 dalam 1 iaitu steambot + grill + pembakar arang BBQ secara buffet. Yang paling best ialah kambing panggang yang turut disediakan setiap hari tanpa sebarang caj tambahan. Wahhh! Lepas ni buat BBQ kt sini je. Senang. Hehehe.











Fuhhhh! Rambang mata wehh. Rasa macam nak amek semuaaaaaaa je!

KONSEP BARU


Untuk konsep terbaru ni, Chef Shahnizam iaitu seorang chef yang berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang kulinari dan masakan telah mencipta beberapa menu 'skewer; terbaru untuk disesuaikan dengan masakan menggunakan arang barbeku. Menu skewer terbaru yang disediakan adalah perapan Ayam Skewer Berempah, Daging Skewer Berempah, Daging Skewer Kicap, Sotong Skewer Pedas Cilantro, Ikan Dory Skewer Berempah, Udang Skewer Cilantro Pepperd dan banyak lagi. Kesemua ini amat bersesuaian untuk dimasak menggunakan dapur arang barbeku kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadikan lebih harum dan dengan pembakaran menggunakan arang juga dapat menjaga tekstur dan rasa makanan tersebut.


Penggunaan dapur arang tidak memerlukan sebarang minyak atau marjerin dan dengan ini menjadikan makanan tersebut sihat dan tidak berminyak tetapi penuh dengan rasa barbeku arang ( smokey taste ) dan bau harum  barbeku yang memikat selera.



Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti otak-otak, hirisan ikan segar bersama Sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga produk terbaru dari Icy Moonster sebagai pencuci mulut.

Harga terbaru yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM40.20 (termasuk GST) bagi dewasa dan RM20.05 (termasuk GST) bagi kanak-kanak yang berusia 5-11 tahun. Hanya tambah RM4.90 daripada harga sebelumnya, korang dapat menikmati pelbagai menu tambahan dan pemgalaman barbeku pada bila-bila masa sahaja.



Untuk maklumat lanjut dan info mengenai restoran ni, boleh Like facebook page dorang [ SINI ] dan laman instagram #dkayangansteamboat dan twitter #dkygnsteamboat. 

Lokasi : No 1, Apartment Servis Sri Acapella, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam.

Tempahan : 012 297 1091 / 017 327 7904 / 03 5523 4979

Kejap lagi Aten nak datang sini lagi. Jejomssss! :D

Post a Comment

0 Comments