Breakfast Bersama-sama Pelakon Utama Cinta Si Wedding Planner, Adi Putra & Mira Filzah



Sape sini layan cerita Cinta Si Wedding Planner? 
Mesti ramai yang tahu dan tengok kan cerita ni kul 7 petang tu kt TV3. Hehehe. Walaupun cerita tu dah habis tapi percaya tak, aura cerita ni masih terasa sampai sekarang gara-gara gandingan hebat antara Adi Putra dan Mira Filzah. 

Lagi tak sangka bila dapat invitation dari Denaihati Network untuk join breakfast bersama-sama dengan pelakon utama cerita Cinta Si Wedding Planner. Memang terus confirm datang lah kan. Hehehe.


Kerja part time jaga kaunter registration. Hiks. Bila Encik Tunang kena cover event, dengan Aten sekali lah kena datang awal. So, jaga kaunter registration lah kejap sementara tunggu dorang semua ni datang. Bukan sahaja blogger yang datang, fans Adi Putra dan peminat bertuah cerita Cinta Si Wedding Planner pun hado ! :D


Dah namanya pun bloggers kan, bergambar dengan banner pun boleh. Hahaha.


Walaupun Mira Filzah busy ada event pagi tu, tetap beliau luangkan masa bersama-sama dengan blogger walaupun hanya 1 jam dan menjawab soalan dari peminatnya. Sangat menghargai peminatnya dengan memberikan produk kecantikan dan tudungnya kepada peminatnya. Respect ! 



Adi Putra pulak macam biasa lah sentiasa sporting dan sempoi dengan fans beliau dan menjawab semua soalan2 dari mereka. Siap menyanyi lagi tau ! Cool dan steady je :D



Tudiaaaaa yang kanan sekali tu CEO Fans Club Mira Filzah. Kemain excited bila Mira Filzah datang. Hehehe. Sempat lah bergambar kejap sebelum Mira Filzah balik untuk ke acara lain. Comel sangat !


Memandangkan pada hari tersebut birthday Adi Putra, kitorang pun buat surprise cake untuk Adi Putra. Sedap angat-angat !


Pengakhiran yang sangat best ! Bergambar dengan Adi Puta pulak. Macam-macam style hado. Hahhahaha.

Event yang paling simple Aten pernah attend. Hahaha. Thanks Denaihati Network sebab invite Aten. Lepas ni boleh lah invite lagi. Hehehe.

Post a Comment

5 Comments