Teguran buat Pemilik Restoran Fizo Mawar Kitchen, Fizo Omar


Terpanggil untuk membuat satu entri mengenai satu artis yang baru membuka restorannya di Bangi yang menegur salah seorang blogger yang Aten kenal rapat iaitu Kak Uzu, Blogger Emas Putih kerana membuat review di restorannya.

Bawah ni merupakan review kak uzu :


Di dalam artikel atas, blogger Emas Putih menyatakan rasa kesalnya dengan servis yang diterima di restoran Fizo Mawar Kitchen.

Dan pagi ni kecoh di timeline facebook dan akhbar online www.mstar.com.my yang menyatakan Fizo Omar Tegur Penulis Blog mengenai restoran miliknya.

Link bawak ni merupakan entri apa yang dikatakan oleh Fizo Omar kepada Blogger Emas Putih


Teguran buat Fizo Omar :

Apa yang katakan kepada Blogger Emas Putih tak masuk akal langsung ! Kami sebagai blogger kalau pergi ke restoran memang akan review lah restoran mana-mana. Kami review untuk luahkan pengalaman kami di restoran yang kami pergi. Dah nama pun blogger kan? Apa guna kalau ada blog tapi tak review. Lagi-lagi lah restoran yang baru bukak. Artis lagi tu. Memang lah teruja untuk mencuba. Tapi kalau tak seperti yang diharapkan, kami menulis di blog untuk luahkan ketidakpuasan hati kami. Yesss, blogger Emas Putih kritik servis awak. Kritik je. Bukan kutuk. Dan macam mana awak tau Blogger Emas Putih tu berniat seperti tidak baik? Awak dapat baca fikiran dia ke? Boleh tak kalau sebelum nak bercakap tu, fikir dulu? Mentang-mentang awak tu artis, awak boleh tegur je sesiapa? Mentang-mentang awak artis, walaupun makanan tak sedap kena tulis sedap jugak la eh? Tu blog kami, kami boleh tulis berdasarkan apa yang kami alami. Awak sebagai pemilik restoran sepatutnya mengambil kritikan tersebut dan memperbaiki. Bukan nak acah-acah sempurna dan salahkan blogger Emas Putih. Ambil side positive. Bukannya menghentam.

Meh saya nak imbas memori awak balik. Awak mungkin LUPA satu kritikan yang pernah awak lemparkan kepada Dato Seri Vida tak lama dulu di Gegar Vaganza. Ingat tak? Ada dia marah-marah sampai viral ke apa? Takde kan? Dato Seri Vida chill je takde marah-marah takde tegur-tegur pun takde terkilan-terkilan pun. Ni awak baru kena kritik sikit dah macam cacing kepanasan ni kenapa? Terima kritikan dan perbaiki. Bukan dengan cara cakap Melayu jatuhkan Melayu, tu semua mindset je. Mindset yang awak tu tak boleh terima kritikan. Walaupun dia blogger, tapi dia pelanggan dan pelanggan boleh je review ketidakpuasan hati dia kerana dia bayar kot apa yang dia makan. Awak kena ingat. Customer always right. Please Fizo Omar, be professional. Dah tau servis restoran macam mana kan? Siap kena kritik kan? So, perbaiki. Buat pembaharuan.

Just my 2 cent. Kesal dengan apa yang terjadi kepada Blogger Emas Putih. Jangan putus asa putus harapan eh :)

Post a Comment

6 Comments

  1. org fofular yg tak boleh terima teguran. email mintak maaf pun tak ikhlas langsung

    ReplyDelete
  2. hurm.. dya ckp pasal org boleh, org ckp pasal dya tak leh ea.. hurmmm..

    ReplyDelete
  3. What you give, you get back lah ye.. hahahaha

    ReplyDelete
  4. Yeah setuju. Ok baru baca komen Fizo kat Mstar. Ingatkan pihak dia je xprofessional.. Rupanya dia pun sama. Nasib la labu.. Agak2 tak blh terima kritikan.. Tutup je kedai. Xpun bukak kedai beskal plak :P

    ReplyDelete
  5. aku kata dah ..sudahlah..!!ke mmg saja nak cari publisiti murahan..jdi isu viral glamour kejap kan..yg fizo ni gentleman la skit..x sah la duk layan pompuan meroyan mcm ni..

    ReplyDelete