Haram Muat Naik Foto Menyusukan Anak, Walaupun tidak Dedah Aurat - PU Rahmat



Semalam kita dikejutkan dengan isu ibu-ibu muda yang memuat naik gambar menyusukan anak walaupun tidak menampakkan aurat. Apa kata Aten? Mengucap panjang ! Kenapa cetek sangat fikiran ibu-ibu muda sekarang ye? Mahukan publisiti murahan gamaknya. Allahu tak sanggup Aten tengok gambar tu walaupun Aten seorang perempuan. Hmmm.

Jom  tengok apa yang dikatakan oleh PU Rahmat mengenai kes ni..

AGAMA Islam sangat menjaga wanita dan meletakkan wanita di kedudukan yang sangat tinggi.

Justeru wanita dinasihatkan agar tidak membuka ruang untuk membolehkan mereka dieksploitasi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

Itu nasihat Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan berhubung isu seorang wanita yang memuat naik gambarnya sedang menyusukan anak.

Nasihat itu diluahkannya melalui satu kemas kini status di Facebook.




Kata PU Rahmat, sekalipun gambar berkenaan tidak mendedahkan aurat dan mana-mana anggota badan, hukumnya tetap haram berasaskan empat dalil.

Salah satu dalil yang disebutkan ialah tentang wanita dilarang memakai haruman sehingga menarik perhatian lelaki.

Berdasarkan dalil tersebut, wanita yang memuat naik gambar sedemikian disifatkan menarik perhatian lelaki dengan sengaja dan boleh menjadi bahan untuk dieksploitasi.

Di akhir status itu, PU Rahmat turut mengingatkan golongan wanita menghiasi diri mereka dengan sifat malu, dan wanita terbabit agar segera membuang gambar terbabit.

Diharapkan kepada yang berkenaan, delete lah gambar tu. Tau la zaman dah moden tapi tak perlu nak jadi ibu ala-ala hipster dengan gambar tersebut. Sangat memalukan. Hmmm nasi dah jadi bubur. Moga kita ambik iktibar dengan apa yang dah jadi ye. Fikir dahulu sebelum nak buat apa-apa. Wallahualam.

4 comments.. read them below or add one

Akim Akim 15 January, 2016
macam2 hal gelagat orang zaman sekarang.. makin pelik makin suka dibuatnya.. ish3
Raihanahahmad Raihanahahmad 20 January, 2016
harapnya tiada lagi ibu2 buat perbuatan seperti itu
Ainul Mustafa Ainul Mustafa 25 January, 2016
akak sokong penyusuan susu ibu tapi bukan selfie masa menyusu. kita ni kalau boleh nak cover bagi orang tak nampak.