Tayangan Perdana Filem Isteri Untuk Dijual



Isteri untuk dijual? Fuhhhh ! Baca tajuk cerita ni pun dah best. Hekhek. Ada sesapa yang kt sini sanggup jual isteri? Harap-harap bakal suami Aten nanti tak segila ni lah nak jual Aten kt orang lain :3

Haritu Aten menghadiri pra-tonton filem Isteri Untuk Dijual ni yang berlokasi di e-Curve. Pra-tonton ni kira macam kita tengok dulu la daripada tarikh yang ditayangkan. Hehehe. Thanks to Feeq dan Bocil bagi Aten join tengok cerita ni. Sebulan lepas lagi dah Aten nak tengok cerita ni. Trailer dia besttt. Korang kena tengok trailer dia dulu. Mesti korang nak tengok yang full punya lah. Hehehe. Isteri Untuk Dijual bakal ditayangkan pada 24 Disember 2015 ni tau. Cepat-cepat beli tiket ye ! :D


Kenapa Isteri Untuk Dijual?
Penerbit filem MIG, David Teo memberitahu tajuk filem terbaharunya berjudul Isteri Untuk Dijual sengaja dipilih mengikut trend tajuk drama dan filem semasa. Katanya, tajuk tersebut lebih menarik perhatian golongan sasaran yang mahu menonton filem ringan tanpa mesej yang sarat. Beliau pilih tajuk ini kerana ia sesuai dengan jalan ceritanya yang ringan sahaja, ia untuk golongan sasaran yang lebih suka menonton filem selepas penat bekerja. Lagi pula, tajuk seperti itu mengikut tren semasa drama dan filem sekarang dan ia boleh menarik penonton ke pawagam.

Sinopsis Isteri Untuk Dijual :

Bella ( Nora Danish ), asalnya menjadi model sambilan majalah namun kini sudah pun menjadi model terkenal selepas dia menjadi penghias kulit majalah terbaru syarikat Reza ( Kamal Adli ) . Perkenalan pertama di antara Bella dan Reza di dalam pencarian wajah baru itu membuatkan Reza tertarik dan jatuh hati kepada Bella kerana perwatakannya yang cantik, jelita, lemah lembut, manja, manis dan mempunyai ciri-ciri wanita idaman setiap lelaki. Perkenalan mereka itu berakhir dengan ikatan pernikahan. Namun apabila sudah bernikah, Bella sebenarnya mempunyai sikap yang berbeza dari sikap sebenarnya. Hari demi hari perkahwinan Reza dan Bella dilanda masalah.
Reza mencari pelbagai jalan untuk memutuskan ikatan perkahwinannya dengan Bella sehinggalah dia berjumpa denga Adi ( Azwan Kombos  ) , seorang pemilik kedai roti yang sama taraf dengan Reza. Bermulah dengan perkenalan itu, Reza mula mengatur strategi dan perancangan bersama Adi untuk membantunya dalam menyelesaikan masalahyang dihadapi Reza. Namun, segalanya tidak seperti yang dirancang kerana berlaku satu insiden yang membuatkan Bella berubah hati dan mula berubah sikap kepada yang lebih baik. Jika dibandingkan kehidupan Bella yang dulu dan kini, perbezaannya sangat ketara dan Reza mula panik dengan perubahan ini.

Trailer Isteri Untuk Dijual :




Review Aten :
Kelakar giler beb ! Aten punya gelak la dalam wayang tu. Kalau tak percaya pergi tanya Feeq. Hahahha. Filem ni bergenre komedi romantik. Memang romantik dapat menari salsa gituew. Hehehe. Aten bagi 9 bintang dari 10 bintang. Yeayyy. Tempat shooting pun best. lagu tema pun sesuai dengan cerita. Pelakon pun bersesuai dengan watak yang dilakonkan. Suka giler tengok Nora Danish dengan kawan rumahnya Vicha SayWho. Sangat support Nora Danish dalam cerita ni. Tempat yang dorang berlakon pun cantik, kt Lembah Klang. Overall, memang best ! You guys wajib tengok okayy. Nak ajak Aten pun boleh. Heehehe

Post a Comment

3 Comments

  1. Aten xajak kak ida.. ND rindu kak ida tu tahu tak hahahahhaha

    ReplyDelete
  2. Aten xajak kak ida.. ND rindu kak ida tu tahu tak hahahahhaha

    ReplyDelete
  3. Dah tgk cite ni,,mmg best gilerr...lawak

    ReplyDelete