Food Trail Putrajaya #EatTravelWrite by Gaya Travel Day 3




Pengembaraan hari ketiga Food Trail Putrajaya bermula dengan sarapan di Fuze Restaurant, The Everly Hotel Putrajaya. Pada pukul 10 pagi, kitorang semua check-out dan menuju ke.......



OnlyMee yang berlokasi di Marina Putrajaya. Di sini kitorang dapat melihat demonstrasi bagaimana mereka menghasilkan mee mereka sendiri menggunakan mesin yang ditempah khas dari Korea. Sememangnya mesin tersebut sangat ajaib kerana memudahkan mereka membuat mee dengan 6 jenis acuan yang berbeza. Pan Mee, Ramen, Spaghetti, Mee Suah, Laksa dan Bihun.  Makan tengahari kitorang disini lah. Memang sedap semua mee yang mereka sediakan ! Korang patut cuba tau. Meh meh ajak Aten sekali kalau nak pergi lagi. Aten ada voucher 15% discount. Hehehehe


Seterusnya kitorang berjalan-jalan di Pasar Tani Putrajaya di Presint 2. Seawal 3 petang mereka dah buka gerai mereka. Walaupun cuaca panas, tapi redah jugak sebab nak merasa 10 jenis cekodok yang dijual di salah satu gerai ni. Fuhhh ! Ingatkan cekodok ada satu jenis je rupanya kita boleh pelbagaikan. Contohnya ; cekodok bilis, cekodok durian, cekodok labu, cekodok keladi, cekodok keledek dan etc.



Selepas itu, kitorang ke Monumen Alaf Baru yang terletak berdekatan dengan Pasar Tani Putrajaya. Monumen Alaf Baru ni merupakan satu monumen yang menceritakan sejarah Malaysia pada cermin dinding di sekeliling monumen ini.


Bayangkan daei zaman Malaysia merdeka sampai la ke tahun 2020 cermin ni tersusun. Sejarah bagaimana Putrajaya diwujudkan, sejarah pembinaan lebuhraya dan macam-macam lagi.


Makan malam kitorang pada hari ke-3 ialah di Spring Garden Restaurant. Makan malam dan acara penutup dan penyampaian hadiah kepada rakan media yang menyertai Food Trail Putrajaya. Hehehe


Banyak betul makanan yang dihidangkan di Spring Garden Restaurant ni. Rambang mata Aten. Hahahaha. Tapi tapi sebelum tuu....


Upacara mencampurkan Golden Fortune Yee Sang. First time ni gaul Yee Sang bukan guna ikan Salmon etc tapi menggunakan buah-buahan. Baru lah boleh makan. Hehehehe.


Hehehhehe. Aten menang 2 task. Task di Putrajaya Sentral dan juga di Spring Garden Restaurant dan juga Best Social Media Influencers. Tak expect pun menang sebab caption Aten biasa-biasa je. Hehehe.


Gambar yang cantik mantik ni semua dari Gaya Travel, CVSProduction, Kak Ruby.

Apa-apa pun, terima kasih Gaya Travel  sebab sudi invite Aten untuk Food Trail Putrajaya 2015 ni. Memang Aten perlukan event relaks-relaks macam ni sebelum mengharungi final exam yang bakal tiba ni. Nanti next event jangan lupa jemput Aten ye. Hehehe. Muah ciked :*

Post a Comment

0 Comments