Food Trail Putrajaya #EatTravelWrite by Gaya Travel Day 2



Pengembaraan Food Trail Putrajaya hari kedua bermula dengan sarapan di Fuze Restaurant, The Everly Hotel Putrajaya. Fuze Restaurant sangat selesa dan besar dan reka bentuk dalaman restoran ni sangat cantik. Tengok gambar bawah ni :


Cantik kan? Kalau tempat dah cantik, makanan macam mana pulak? Marvellous ! Aten suka nasi lemak kt restoran ni. Cukup semuanya. Hehehe. menu bertukar-tukar setiap hari dan sedap semuanya. Hehehe


Ni lah sarapan Aten untuk 2 hari ni di The Everly Hotel Putrajaya. Hehehe


Sebelum jalan-jalan dalam Taman Warisan Pertanian ni wajib lah amek gambar dulu kan. Kang nanti dah panas berpeluh tak cantik dah gambar. Hhehehe.



Pokok buah kopi.


Buah ciku.


Buah koko. 
First time Aten tengok buah koko dengan jarak dekat. Selama ni mati-mati Aten ingat buah koko dalamnya bewarna coklat. Rupanya putih gitu je. Kuikui. Trust me, sedap okayy buah koko ni :D


Buah Mulberry.


Sawah padi pun ada.


Kelapa sawit pun ada jugak.

Yang paling best ialah kitorang dapat menyaksikan demonstrasi pemprosesan getah secara live di sini. Orang cakap bau getah busuk kan? Tapi bila dapat bau getah sendiri takde lah busuk sangat. Hihi. Staff kt sini siap tunjuk cara yang betul untuk toreh getah. Kalau salah toreh, part yang salah toreh tu tidak akan mengeluarkan getah lagi dah. Haaa gittueww. Ingat senang nak toreh getah? Dengan cuaca panas lagi. Tabik spring kt sesape yang mampu. Hehehe.


Lepas tu, kitorang disajikan dengan air kelapa dan buah-buahan tempatan di sini. Cuaca tengah panas dapat pulak minum air kelapa. Thorbaikk baq ang ! Rasa macam tak nak balik je dari situ. Hahahaha










Telatah para media sepanjang di Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Macam-macam ragam. Hehe

Selepas habis pusing satu Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni, kitorang singgah makan di Penanggah Taman Warisan untuk makan tengahari.


Nasi Ayam, Nasi Kukus Ayam Berempah, Roti John, Coconut Shake menjadi pilihan kitorang makan tengahari. Hehehe. Kenyang giler okayy. Hahaha. Tapi tempat kitorang nak pergi lepas ni lagi best. Hehehe. Jom baca kt bawah ni.


Kitorang ke Cruise Tasik Putrajaya ! First time tau Aten datang sini. Memang teruja giler nak naik boat kt Tasik Putrajaya ni. Hehehe. Kitorang naik Picnic Boat yang sangat comel. 


Cantik giler view dari Tasik Putrajaya ni. Tenang je rasa bila dah ada atas air. Kira minum petang kitorang di dalam Picnic Boat di atas Tasik Putrajaya. Meriah kauu dengan buah-buahan, nasi lemak, bihun goreng, cupcake dan muffin. Sangat enjoy ! :D






Ini merupakan salah satu tarikan di Putrajaya. Astaka Morocco yang berlokasi di Taman Botani Presint 1. Mungkin ramai yang taktau dengan kewujudan Astaka Morocco ni. Tapi percayalah, korang akan teruja dengan reka bentuk di Astaka Morocco ni. Sangat klasik dengan ukiran yang sangat sempurna. Semua perabot yang ada di dalam Astaka Morocco tidak boleh disentuh ataupun duduk kerana mereka tidak mahu barang yang ada di dalam tempat ni rosak kerana barang yang dipamerkan di dalam ni semuanya diimport dari Morocco. Sesiapa pun yang datang tidak boleh ambil gambar di dalam bilik-bilik yang ada. Cuma bahagian luar je boleh ambil gambar. Sesuai untuk buat photoshoot ! Tiket masuk hanyalah RM3. Murahnya !

Selepas itu, kitorang balik ke hotel untuk bersihkan diri dan solat dan rehat. Dalam pukul 8 macam tu, kitorang bertolak ke salah satu cafe yang agak popular di Putrajaya iaitu.....


Lokasi makan malam kitorang untuk hari kedua ialah di Umai Cafe . Umai Cafe beroperasi di Bangunan Anjung Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Bangunan ini terletak diantara Masjid Sultan Mizan ( Masjid Besi ) dan Monumen Alaf Baru.



Umai menyediakan pelbagai jenis masakan panas seperti masakan thai, masakan melayu, mee rebus Umai, laksa utara, bihun sup utara, nasi lemak, western, pelbagai jenis bubur dan yang paling menjadi kegemaran pelanggan Umai Cafe adalah jemput-jemput pisang ataupun lebih dikenali dengan cekodok, cucur udang, lempeng kelapa dan lempeng pisang.


Kalau korang makan di bahagian atas, korang akan nampak tersergam indah Masjid Besi. Ruang makan di atas merupakan kawasan terbuka. So, korang akan nampak Masjid Besi dan juga Tasik Putrajaya.


Kitorang cuba Nasi Goreng Umai, bihun sup, mee rebus, cekodok pisang dan lempeng pisang. Semua sedap ! Sangat berpuas hati dengan kualiti makanan dorang. Memang wajib pergi lagi ni. Hehehe
Lepas dah makan apa semua, ada contest masak cekodok pisang yang paling sedap. Hehehehe. Meriah sungguh malam kedua kitorang di Umai Cafe ni. Hehehe

Selepas habis acara di Umai Cafe, kitorang pun balik ke The Everly Hotel untuk rehatkan diri , cas badan untuk mengharungi Food Trail Putrajaya untuk hari ke-3 pulak. Hehehe.

Gambar yang cantik ni semua dari Gaya Travel :D

Post a Comment

1 Comments

  1. bestnyaa macam2 tempat pegiiiiiii

    ReplyDelete