Food Trail Putrajaya #EatTravelWrite by Gaya Travel Day 1


Pada 16 - 18 Disember haritu, Aten dan 40 rakan blogger dan rakan media lain telah menyertai event Food Trail Putrajaya yang diadakan di Putrajaya. Ni merupakan pengalaman baru Aten bersama-sama dengan Gaya Travel. Tak sangka dapat join event ni sebenarnya. Hehehe. Food Trail Putrajaya? Its makan timeeeeee ! Kira food hunting carik restoran yang thorbaekk di Putrajaya lah. Heeee


So, pengembaraan 3 hari 3 malam kitorang bermula di Putrajaya Sentral. Macam biasa sebelum nak start tu, mesti la ada briefing dulu kann. Banyak muka-muka baru yg Aten tak kenal. So, macam malu-malu sikit la dengan dorang. Hehehe. Kt sini je kitorang dah diberikan task pertama kitorang. Kitorang dapat duit belanja RM10 dari Perbadanan Putrajaya dan kena lah guna duit tu untuk sarapan pagi kitorang. Hehehe. Jalan punya jalan terserempak dengan satu kedai yang baru dibuka ni. Nama kedai tu Mmmm...Ovenfresh. Tak ingat lah berapa bilangan huruf M tu. Kuikui. Owner gerai ni panggil-panggil ktorang. Terus lah kitorang singgah gerai ni. Heee



Aduhhh tiba-tiba lapar pulak bila tengok muffin ni T.T hahahha. Kedai Mmmm...Ovenfresh ni jual muffins dan juga cookies. Korang lalu je sebelah kedai ni dah terliur okayy. Harga pun berpatutan. Nahhh, korang wajib try tau beli muffin kt sini bila datang Putrajaya Sentral. Hehehe.


Muka happy para blogger dan media sebab dapat muffin sorang satu secara percuma. Hehehe.


Dannnn Aten memilih gerai D'Noodles untuk sarapan pagi Aten. Aten makan set Mee Bandung dan Teh O Ais Limau hanya dengan RM7.50. Murah gilerrr. Harga berpatutan dengan kuantiti Mee dan kesedapan Mee Bandung kt sini. Hehehe




Lepas tu, dorang kata ada satu gerai ni nak sponsor makanan kt kitorang semua ni. Wah wahhh ! Nama kedai tu Enakkk... dengan bilangan huruf K sebanyak 3 kali. Hekhek. Gerai Enakkk ni menjual pizza, sandwich, bun buatan mereka sendiri. Happy masing-masing dapat bawak balik bekal. Hehehe




Habis je makan semua orang, kitorang bergerak ke The Everly Hotel untuk check in. Oh ya! The Everly Hotel la tempat kitorang tidur selama 3 harini. Hehehe. Memandangkan kitorang datang awal, bilik tak siap lagi. So, kitorang letak barang dan menuju ke.........


Putrajaya International Convention Centre ataupun dikenali dengan PICC. Lunch kitorang haritu di sini lah. Cafe@PICC. PICC sesuai kalau korang nak buat konvokesyen, seminar, mesyuarat. Sangat strategik dan selesa.

Ingat masuk terus makan? Tak tak tak. Ada demosntrasi masakan Lala Berlada dari chef disini. Hehehe



Aduhhh! Lapar lagi sekali bila tengok Lala Berlada ni. Hukhuk. Memang thorbaikk!


Task baruu ! Kena decorate roti jala cantik2 macam dalam gambar di atas dan sape punya yang cantik dapat hadiah dari cafe@PICC.


Haaaa, semangat masing-masing nak buat termasuk la Aten yang langsung tak kreatif ni. Kuikui.


HAHAHAHA ni hasilnya Aten buat. Konon nak tiru DipnDip tapi tak berjaya. Kuikui. Walaupun tau tak menang contest tapi Aten upload jugak lah hasilnya. Hahahaha.



Lepas je habis makan, kitorang dibawa pusing satu PICC untuk tengok dewan yang disediakan di sana.



Sempat lagi berselfie dengan hall yang paling besar di PICC. Kalau korang nak tau, ada certain tingkat je korang boleh pergi. Yang lain dilarang kecuali korang ada urusan penting. Ketat tau security disini. Time kitorang meronda-ronda, rupanya ada event lain yang dihadiri oleh PM Malaysia, Najib Razak. Tu je nak bagitu. Hekhek

Dah habis ronda semua, kitorang check in The Everly Hotel untuk letak barang dan rehat sebelum makan lagi. Fuhhh dahsyat masing-masing makan. Hahahaa


Ini lah bilik Aten ! Katil sorang satu bestnyeeee! Aten stay di tingkat 7 dan Alhamdulillah semuanya okay. Hehehe. Dengar-dengar cerita ada bilik yang tak okay? Fuh fuh fuhhh. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri~ Oh ya, Aten dok sebilik dengan Kak Eyza yang sangat comel. Hehehe.



Dalam pukul 6 macam tu, kitorang semua ke Medan Selera Presint 9 untuk makan malam. Dengar cerita kt sini semuanya sedap. Dorang kata wajib cuba Nasi Lemak Dara Berempah. Ada yang komen kt instagram Aten, kalau nasi lemak ni waktu pagi siap kena beratur tunggu turn. Terusss dalam kepala Aten cakap nak cuba makan nasi lemak tu.


Memang tidak mengecewakan. Sedap dan murah. Berbaloi !


Kt sini pun kitorang ada task kena buat. Buat instavideo mengenai makanan yang best kt sini. Kalau nak tengok, boleh terjah Instagram Aten @fatinbellaaa . Jangan lupa follow sekali. Hehehe.

Lepas makan apa semua, kitorang ronda ke Dataran Putrajaya dan balik ke hotel ! Penatnya makan. Hehehe.


Dalam pukul 9 malam, balik bersihkan diri dan ready untuk tidur bertemankan Cik Cinderella & Encik Tengku. Best tau. Tapi tak sempat nak tengok dah tertidur. Kuikui.

Konklusinya, hari pertama pun dah best. Hari kedua dengan hari ketiga lagi best. Hari kedua dan ketiga Aten akan buat dalam entry lain. Nanti kang panjang sangat korang pulak tak mampu nak baca. Hewhew. Jumpa korang di next entry ! Nantikan ye. Muah ciked :*

p/s : Gambar yang cantik ni semua dari Gaya Travel dan CVS Production

Post a Comment

2 Comments

  1. Best kan aten... Selama ni tak tahu ada banyak lagi tempat yang belum diterjah.. Best!!

    ReplyDelete