I love Lacelle Jewel Contest


Hi korang ! 

Harini Aten nak kongsi satu contest yang simple giler dengan korang. Hehehe

Korang pernah dengar Baush+Lomb ? Baush+Lomb merupakan salah satu jenama kanta lekap yang agak baru di Malaysia. Baru-baru ni dorang lancarkan kanta lekap berwarna. Dorang ada 7 warna yang sangat menarik.

Apa yang membezakan kanta lekap Baush+Lomb dari yang kanta lekap lain?

  • Mempunyai reka bentuk kanta lekap yang unik yang meningkatkan lens centration
  • Reka bentuk yang nipis dengan ketebalan 0.078mm di tengahnya memberikan keselesaan yang hebat kepada pemakai kanta lekap.
  • Kanta lekap Baush+Lomb mempunyai 38% kandungan air yang mampu memberikan keselesaan kepada mata dan mengurangkan pengambilan protein air mata untuk kebersihan.
  • Kanta lekap Baush+Lomb menggelapkan dan membesarkan iris mata dan membuatkan mata kita kelihatan besar secara semula jadi.

Baush+Lomb didatangkan dengan 7 warna yang memikat :

  • Melanite Black 
  • Topaz Brown
  • Crystal Gray
  • Amber Brown
  • Amethyst Violet
  • Sapphire Blue 
  • Peridot Green

Tadaaaa. Gambar kt atas ni Aten pakai kanta lekap Amethyst Violet dari Bausch+Lomb . Percaya atau tak, antara kanta lekap yang Aten pernah pakai, kanta lekap dari Bausch+Lomb ni yang paling best. Kenapa? Sebab bila Aten mula-mula cuba pakai kanta lekap ni tak rasa pun macam pakai kanta lekap. Nampak natural je. Kalau pakai kanta lekap yang lain, lepas pakai berapa jam mata akan rasa tak selesa dan pedih. Tapi bila pakai yang Bausch+Lomb, pakai sehari pun tak rasa apa-apa. Aten memang suggestkan korang untuk pakai kanta lekap ni. Harga pun berpatutan. Korang kena cuba, mesti tak pandang yang lain dah :D hehehe

Cara nak join I love Lacelle Jewel Contest :

  1. Upload gambar korang dengan memakai kanta lekap Lacelle Jewel Bausch+Lomb di Facebook korang . Jangan lupa hashtag : #IloveLacelleJewel
  2. Bagitau kenapa korang suka pakai kanta lekap Lacelle Jewel Bausch+Lomb.
  3. Pastikan post korang tu public. Dapatkan sebanyak mungkin like dari kawan korang. Minimum 50 like. Lagi banyak lagi bagus. Hehehe
  4. Setelah dapat 50 like atau lebih, PM page facebook Bausch+Lomb dan 30 pemenang bertuah akan mendapat satu pasang kanta lekap Lacelle Jewel dari Bausch+Lomb.
  5. PM page facebook Bausch+Lomb sebelum 1 Disember 2015.
Dapatkan kanta lekap Bausch+Lomb di kedai berdekatan korang. Rujuk gambar bawah ni.



Mudah kan? Jom guys join contest yang simple ni :D

Post a Comment

0 Comments