Tahun Terakhir di UniKL Business School


Dua tahun lepas, tak terniat Aten pun nak ke UniKL. Tak kenal pun UniKL time tu. Hahaha. Konon lepas matriks nak g Unimas kt Sarawak dengan bestfriend kt sana. Apply kt UPU dan dapat pun tawaran ke Unimas tapi parents Aten pulak tak bagi sebab jauh dan Aten sorang je anak perempuan. Fuhhhh sendu wehh bila dapat tau parents tak bagi. Hewhew.

Ayah suggestkan UniKL Business School. Ayah siap sampai jumpa Doclan lah nak tanya cemana UniKL Business School ni. Dan akhirnya Aten terima dengan hati terbuka dan sedih. Hikhik.

Tanggal 1 September 2013 hari Ahad, Aten dan adik Aten pergi ke UniKL untuk sesi pendaftaran. Time tu Ayah dengan Mama takde, ada emergency dekat kampung. Daftar hostel apa semua lah. Pergi MSR time hujan-hujan. Dugaan betul. Hahahha. Nahhh baca apa yang terjadi masa MSR Aten. Klik SINI . Jangan tergelak tau bila baca. Penulisan 2 tahun lepas memang macam budak-budak. Hahahaha.

Pejam celik pejam celik dah final year. Jadi class rep, kena keji, kena kutuk, jadi penari, haters bertambah semua dah merasa dalam masa 2 tahun ni. Gila cepat masa jalan ! Jalan ke terbang? Hewhew. 1 tahun je lagi lepas tu sambung master pulak. Hehehe. Mula-mula ingat taknak sambung master. Tapi bila pikir balik, sambung je lah belajar. Tak rugi pun kan belajar. Hehehe. 

Tahun terakhir mesti tough. So, kena la kurang-kurangkan aktiviti. Kena selalu dating dengan buku dan nota-nota. Dalam masa satu tahun ni macam-macam boleh jadi. Ayah cakap jaga diri elok-elok, belajar bagi habis. Lepastu nak buat apa, buat lah. Hewhew.

Aten di UniKL Business School belajar dalam kursus Bachelor of Business & Administration ( Islamic Finance ) . Masih lagi tercarik-carik kt mana nak buat intern. Korang ada suggestion tak? Nak area KL senang public transportation banyak. Hehehe.

Post a Comment

4 Comments

  1. zaman belajar adalah zaman yg paling seronok..bila dah hbs mesti rindu rinduan...

    ReplyDelete
  2. Enjoy la zaman study ni puas2 nanti dah kerja mesti rindu amat sangat

    ReplyDelete
  3. Enjoy la zaman study ni puas2 nanti dah kerja mesti rindu amat sangat

    ReplyDelete