Membesar dalam integrasi budaya teknologi,
permainan elektronik, hubungan komunikasi, pembelajaran dan personalisasi,
golongan belia adalah golongan yang paling mahir memacu dunia teknologi.Kebanyakkan
mereka, dunia tiada sempadan di hujung jari mereka dan semuanya terhad pada
gajet dan permainan elektronik yang mereka mainkan.
Menyedari masa depan akan ditunjangi oleh
pencipta dan bukan pengguna, Digital Campus kembali untuk tahun kedua berturut-turut
dengan inisiatif multi-tier yang diurustadbir oleh Eduspec Holdings Berhad dan
Youth On Unity (Y.O.U), dan disokong oleh CyberSecurity Malaysia dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Digital Campus adalah wadah untuk belia di
Malaysia mengembangkan sisi kreatif dan inovasi melalui pembelajaran digital
dan seterusnya menggunakan ilmu itu dalam kehidupan mereka.
Walaubagaimanapun pentas pada tahun ini
adalah lebih besar dengan menampilkan Digital Campus ASEAN.Edisi ASEANDC akan
menyaksikan penglibatan peserta yang lebih ramai dengan acara pertandingan
seperti "coding", robotik dan seni digital inovasi,akan dibuka untuk
tiga negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam.
"Misi dan matlamat utama kami adalah
memperkasakan belia dengan mencipta dan berinovasi dengan teknologi.Kami
berhasrat untuk mengembangkan ke negara Asean yang lain.Kami percaya belia
harus berfikir secara digital untuk memperkembangkandaya cipta mereka. Kami merasakan tiada cara lain yang lebih
baik selain daripada membuka penyertaan kepada negara jiran,” ujar E H Lim, CEO
Eduspec Holding Berhad.
"Ini juga membuka ruang dan peluang
untuk belia walau di mana pun mereka berada dan matlamat kami adalah untuk
mengembangkan pengetahuan dan pendedahan mengenai dunia digital,"tambahnya
lagi.
Acara kemuncak adalah tiga pertandingan
yang terbuka untuk pelajar-pelajar seluruh negara ASEAN.
Pelajar digalakkan untuk mewakili sekolah
mereka dalam kategori pilihan mereka.Mereka samaada boleh mengambil bahagian
dalam WeCode, iaitu pertandingan pengkodan(coding),"International Robothon"
iaitu pertandingan robotik,atau pertandingan seni digital dan animasi.Setiap
kategori pertandingan diubah dengan teliti untuk menyerlahkan sisi kreatif
terbaik belia daripada sudut digital.
Untuk kategori WeCode, cabaran pasukan-pasukan
adalah untuk menghasilkan ciptaan asli mereka samaada dalam permainan,hiburan
atau program animasi untuk pelajar sekolah rendah; dan permainan elektronik
atau aplikasi hiburan dan pembelajaran untuk pelajar sekolah menengah.Zach Mark
iaitu pengasas dan pencipta "Grom Social" akan manghadiri untuk
pusingan terakhir nanti.
Acara ini juga akan menyaksikan Cybersecurity Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Teknologi dan Inovasi(MOSTI) akan mengadakan taklimat mengenai
topik tentang cara menjadi warga digital yang unggul dalam usaha mempromosikan
aspek keselamatan cyber.
Pasukan yang menyertai acara Robothon akan membina dan memprogram sebuah robot yang boleh melakukan pelbagai tugas dan menunjukkan penyelesaian masalah yang selalu dihadapi oleh jurutera dalam tugasan harian mereka.Ianya adalah berasaskan tema EcoWatch.
Tiada batasnya untuk menonjolkan sisi kreatif dalam seni digital dan animasi. Pelajar sekolah rendah akan menghasilkan hasil seni digital mereka berdasarkan tema ‘Kehidupan pada abad ke 23’ dan bagi pelajar sekolah menengah temanya adalah ‘Dunia Fantasi’.
Tahun ini, DC amat teruja untuk bekerjasama dengan Grom Social, iaitu sebuah jaringan sosial digital yang dicipta oleh kanak-kanak untuk kanak-kanak. Jaringan sosial digital ini dicipta istimewa untuk kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah.
Grom Social dan Facebook adalah dua tempat untuk pelajar-pelajar menghantar hasil kerja mereka dan disitu juga hasil kerja mereka akan dipamerkan.Pelajar sekolah rendah akan menyerahkan hasil kerja mereka melalui khidmatan Grom Social dan pelajar sekolah menengah di Facebook.
"Kami amat berbangga dapat menyediakan wadah berupa DC seni digital dan animasi 2015.Pertandingan ini membuka peluang yang menarik dan luar biasa untuk kanak-kanak mengembangkan bakat seni digital mereka,berhubung dengan kanak-kanak lain dan mendapat pengiktirafan untuk hasil kerja mereka.Kami sangat teruja untuk menjadi penganjur bagi pertandingan hasil seni untuk peserta,"demikian ujar Zach Marks, pengasas Grom Social yang berumur 15 tahun.
Setiap pasukan akan bertanding pada peringkat kebangsaan sehingga mereka layak ke peringkat akhir.Pertandingan akhir untuk seni digital dan animasi akan diadakan di Jakarta, Indonesia, pada 8hb November diikuti dengan pertandingan Robothon, di Ho Chi Minh, Vietnam pada 29hb November dan WeCode di Kuala Lumpur Malaysia pada 6hb Disember.
"Selain daripada menyediakan wadah agar belia-belia dapat mengekspresikan bakat mereka dengan menggabungkan seni dan teknologi,kami juga mahu golongan belia belajar dan berkenalan antara satu sama lain,"tambah Mohd Nazifuddin bin Dato' Sri Mohd Najib, Pengerusi untuk Youth On Unity.
"Ini akan membantu mereka
mengembangkan lagi pengetahuan dan kemahiran sedia ada selain daripada
meluaskan pemandangan mereka mengenai kepelbagaian budaya rakan-rakan mereka
dari negara lain.Kamiberharap agar golongan belia dapat memupuk minat daripada
penggunaan komputer yang berteknologi tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang
menakjubkan. Akhirnya, mereka dapat memacu negara ke hadapan apabila mereka melangkah
ke alam pekerjaan,” ujar beliau lagi semasa upacara pelancaran bersama En. Lim.
Untuk maklumat lanjut mengenai
pertandingan,para pelajar boleh mendaftar dan mendapat
informasi dari portal www.eduplay.com.my
atau di http://www.gromsocial.com/Eduplay dan www.fb.com/eduplayasean.
0 Comments