McDonald's X Nanoblocks !


Hi korang ! 

Harini Aten nak share something yang awesome dengan korang ni. Hehehe. Pernah dengar nama McDonalds? Mesti semua pernah dengar kannn. Tipu lah kalau tak pernah dengar nama McDonalds. Hehehe. McDonald's di Malaysia sekarang ada hampuir 250 restoran dan mempunyai pelanggan seramai 13 juta. Fuhhh ! Ramai giler kan. Aten ni salah seorang pelanggan setia McDonald's tau. Kalau lapar ke apa, gigih tau pergi drive thru ataupun call McDonald's Delivery. Hehehe.

Kenapa tetiba Aten cerita pasal McDonald's ni?


Tedaaaaaaaaaaaaaaaa ! 

Ikon McDonald's dalam bentuk nanoblocks ! Ada 7 reka bentuk yang korang boleh dapatkan di McDonald's iaitu Big Mac, McFlurry, Cold Cup, McCafe, French Fries, Apple Pie dan McDonald's Restaurant.  McDonald's Nanoblock ada dijual di Restoran McDonald's tau pada harga RM6 setiap satu kecuali yang kt tengah tu ; Nanoblocks Restoran McDonald's dijual pada harga RM8. McDonald's ni sangat terhad dan mula dijual di kebanyakan restoran McDonald's pada 15 Oktober 2015.

Minggu pertama : bermula 15 Oktober - Big Mac & Fries
Minggu kedua : bermula 22 Oktober - McFlurry & Pie
Minggu ketiga : bermula 29 Oktober - McCafe & Cold Cup 
Minggu keempat : bermula 5 November - Restaurant.




McDonald's Nanoblocks ni tak boleh dipisahkan atau dileraikan tau. Sebab mainan kan biasanya budak-budak yang akan main dan mungkin mereka tertelan nanoblocks ni. So, kalau beli memang gitu rupanya. Cara lain kotang boleh buat ialah dengan menggabungkan ketujuh-tujuh nanoblocks dan bina Big Mac Planet gituu. Hehehe.   


BIG MAC DUBSMASH

Sape kaki Dubsmash kat sini? Wajib baca ni sampai habis ! Dubsmash paling senang Aten rasa. Heheheh. Jom join bigmac dubsmash ni.

Cara nak menyertai :
  • Download aplikasi dubsmash di telefon bimbit.
  • Cari " Big Mac Chant " dan boleh pilih 5 dari genre muzik yang ada.
  • Selepas membuat dubsmash, muat naik di dalam Instagram bersama-sama dengan hashtag #samasamabigmac
  • Pergi ke laman web www.mymcd.com.my/bigmacchant dan daftar untuk pertandingan dan tunggu emel dari mereka.
Setiap penyertaan akan menerima Kupon Big Mac secara percuma dan boleh ditebus melalui aplikasi LINE Chat. 

Penyertaan yang paling menarik ( 4 minggu, 28 hari ) akan memenangi :
  • Wang tunai RM500
  • Bekalan Big Mac selama satu bulan.
  • Satu " Money-can't-buy " Special Nanoblocks Collectors Kit.
Untuk maklumat lanjut boleh klik link ni : www.mymcd.com.my dan boleh cari hashtag #samasamabigmac #mymcdnanoblocks di Instagram dan Facebook !





Aten dah ada , korang bila lagi? Hehehe :D

Post a Comment

1 Comments

  1. Comel la mainan tu... tadi tengok dubmash aten, comel jeee.. teringin lak nak join.. hehehe

    ReplyDelete