Cakap tak serupa bikin !


Eh alaaaaaaa sedihnyeeeee. hmmmm D:

Malam dahh. Hari Isnin pun dah nak habis. Aten ada Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad je untuk cuti. Percaya atau tidak, pejam celik pejam celik confirm dah kena balik rumah sewa balik. Huwaaaaa. Kenapa cuti 1 minggu je. Buat la sebulan ke apa, seronok sikit berjimba. Hehehe.

Dah final year Aten oii. Nak cuti banyak-banyak buat apa. Kuikui. Baik baca buku bagi graduate bagi ayah mama bangga dulu. Lepastu, cuti la puas2. Hewhew.

So, kita nak buat apa seminggu ni? Rasa nak buat segala benda tapi Aten tau mesti mereput kt atas katil bersama-sama dengan social media punya. Hahahha. Kenapa Aten cakap macam tu? 

Niat Aten dari semalam "Oh, esok pagi nak jog lah kt atas treadmill kt rumah" . Dannnnnn pagi ni lepas bangun untuk solat Subuh, sambung tido balik wehhhh. Dahsyat betul penangan setan ni suruh Aten tido balik. Padahal kan bagus kalau buat keje lain. Yela, pagi-pagi lah pintu rezeki dibuka. Hmmmm. Dah lama tak jog, badan pun bagai dipam-pam. Fuhhhh ! Habis cuti nanti nak g jogging lah kt Taman Tasik Titiwangsa dengan housemates. Hehehe. Ada yang nak join? Jejomssss !

Cuti ni kena siapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk menghadap assignments, quiz, test yang bakal meyesakkan kepala otak. Goodluck dear self !

Post a Comment

0 Comments