#Bajet2016


Antara intipati yang terkandung di dalam #Bajet2016. Selamat menelaah satu-satu kasi hadam!

1. Sejumlah RM878 juta diperuntukkan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, membabitkan 10,000 buah rumah.

2. Sebanyak RM568 juta disediakan bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar untuk 3,000 buah rumah.

3. Bagi mencegah banjir, sebanyak RM60 juta diperuntukkan untuk Program Ameniti Sosial terutamanya projek perparitan.

4. Sejumlah RM70 juta disediakan untuk meneruskan Program 'Rural Business Challenge' dan Program Desa Lestari.

5. RM235 juta diperuntukkan kepada Matrade untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan & Dana Promosi Eksport.

6. Anak menyara ibubapa dapat pelepasan cukai RM1,500 masing-masing usia ibu bapa 60 tahun ke atas & pendapatan tak lebih RM2k sebulan.

7. Untuk ibu bapa anak OKU yang lanjutkan pengajian, had pelepasan cukai dinaikkn daripada RM6k kepada RM8k mulai tahun taksiran 2016.

8. Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung.

9. Gaji minimum Sabah, Sarawak & Labuan dinaikkn RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik/pembantu rumah.

10. Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250.

11. Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tak lebih RM2000 sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kpd RM400.

12. Bagi isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4000, BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.

13. Kadar pencen minimum RM950 sebulan, melibatkan hampir 50k pesara awam dgn sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan

14. Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M RM1,050.

15. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.

16.  RM523j diperuntukkan utk pembangunan kem tentera darat ESSCOM di Sabah, RM160j bagi membina 4k unit lagi kuarters ATM. 

17. Bagi menghargai Perkhidmatan Awam, faedah pemindahan gaji bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred.

18. Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam ditetapkan kepada RM1200 sebulan, manfaatkan 60 ribu penjawat awam.

19. Sejumlah RM42 juta bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan & Kota Baharu.

20. RM1.6 bilion diperuntukkan untuk membina 175 ribu unit rumah oleh PR1MA yg dijual 20% di bawah harga pasaran.

21. Pembinaan lebuh raya persisiran pantai Masjid Tanah ke Klebang & dari Klebang ke Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka akan dikaji.

22. RM260j disediakan utk Program 1Harga 1Sarawak & Program 1Harga 1Sabah, pastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh negara

23. Sebanyak RM900 juta untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak yang akan dilaksana secara kerjasama strategik awam-swasta.

24. RM852j diperuntukkan kepada RISDA & FELCRA untuk program peningkatan pendapatan & produktiviti.

29. Sejumlah RM18 juta bagi memperluas Projek Transformasi Kedai Runcit & Projek Automative Workshop Modernisation.

30. Penubuhan dana pinjaman mudah SME Technology Fund sebanyak RM200 juta di bawah SME Bank pada kadar faedah empat peratus. 

31. RM70j disediakan melalui BSN dgn kerjasama K'jaan Sabah & S'wak bagi pinjaman tanpa faedah untuk tujuan membina rumah2 panjang.

32. RM150 juta kpd Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera utk prog Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil&Iltizam.

33. Lebuhraya Pan Borneo Sarawak mula dibina pada 2016 meliputi 706 KM, dari Sindumin ke Tawau, dengan anggaran kos RM12.8b.

34. MARA diperuntukkan RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian bagi 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi.

35. RM160j untuk NGO bagi melaksanakan program pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kesihatan & keselamatan

36. RM360j untuk tambahbaik PLKN bg 20,000 pelatih termasuk kurikulum baru spt kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran teknikal.

37. RM22 juta diperuntukkan untuk membina Kompleks Sukan di Bagan Datoh & Kuantan.

38. Had maksima pelepasan cukai atas yuran pengajian pendidikan tinggi utk pembayar cukai individu naik kpd RM7k dpd RM5k setahun.

39. Bantuan persekolahan RM100 diteruskan, khusus kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

40. Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan M'sia 2013-25, RM41.3b diperuntukkan termasuk utk bina 30 sek ren, 27 sek men, 4 MRSM, 5 SBP

41. RM20 juta diperuntukkan bagi pembangunan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah. 

42. RM142 juta diperuntukkan bagi pembangunan Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak.

43. RM515 juta diperuntukkan bagi meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah.

44. Khazanah Nasional memperuntukkan RM500 juta untuk modal teroka & dana ekuiti persendirian. 

45. RM190 juta kepada FAMA, bagi Program Penurunan Harga, dgn menambah 50 Pasar Tani & wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1M baru.

46. Bagi 2016, kutipan hasil kerajaan persekutuan dianggar sebanyak RM225.7 bilion, peningkatan RM3.2 bilion berbanding 2015.

47. Projek LRT3 dari Bandar Utama, D'sara-Johan Setia, Klang dgn anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.

48. Untuk pembelian aset pula diperuntukkan sebanyak RM761 juta & RM1 bilion kepada perbelanjaan lain.

49. Peruntukan mengurus RM70.5 bilion adalah untuk emolumen & RM36.3 bilion bagi perkhidmatan & bekalan.

50. Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong dijangka menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara.

51. Peruntukan Bajet 2016 adalah sebanyak RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.

53. SKMM menyediakan RM1.2 bilion untuk meningkat kelajuan Internet luar bandar 4 kali ganda kepada 20MB/s.

54. Pelaburan domestik akan terus dirancakkan dengan jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi 2016.

55. Pengguna prabayar warga Malaysia dapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar mulai 1 Jan 2016 - 31 Dis 2016.

56. Cukai pendapatan dinaikkan kepada 28% daripada 25% bagi mereka yang berpendapatan lebih RM1 juta.

57. Jumlah syarikat berdaftar dengan GST hampir 400,000 dengan kadar patuh serahan atau 'submission' lebih 90 peratus.

58. Berkuatkuasa 1 Jan 2016, ubat terkawal diberi kadar 0% GST, meliputi 30 jenis penyakit & 8,630 ubat.

59. Harga minyak dunia dijangka kekal rendah pada 2016 & kutipan hasil dpd sumber berkaitan minyak dianggar RM31.7 billion.

60. Jumlah sumbangan dividen oleh Petronas kepada Perbendaharaan bergantung kepada naik turun harga minyak dunia.

61. Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal di antara 2-3% tahun hadapan.

62. Kadar kemiskinan berkurang kepada 0.6% pada 2014 daripada 3.8% thn 2009, malah kemiskinan tegar hampir disifarkan.

63. 5 juta rakyat di luar bandar mendapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik & air bersih.

64. Rakyat turut dapat pelbagai kemudahan seperti BR1M, Klinik 1M, UTC, RTC & KR1M demi meringankan kos sara hidup.

65. Pertumbuhan ekonomi negara dijangka berkembang 4-5% pada tahun 2016 dipacu oleh pelaburan (6.7%) & penggunaan swasta (6.4%).

66. Ekonomi negara dijangka berkembang 4.5 - 5.5% tahun ini berbanding jangkaan 3.1% untuk ekonomi global.

Post a Comment

0 Comments