7 Pintu Rezeki yang Sering Dilupakan




Ada banyak pintu rezeki yang Allah sediakan. Namun, ia sering kali kita lupakan. Apabila pintu-pintu lain telah tertutup, pintu rezeki ini sentiasa terbuka. Apa yang mesti kita lakukan adalah mengetuknya. Semakin kerap kita mengetuk pintu itu, semakin besar peluang untuk ia terbuka. Mari kenali pintu-pintu tersebut :


1. ISTIGHFAR

Istighfar adalah salah satu pintu rezeki terbesar. Semakin selalu kita beristighfar, semakin hampir pintu rezeki dibuka untuk kita.


2. MENGAMALKAN AGAMA

Ada kalanya, kesempitan rezeki adalah teguran atas kesalahan kita. Mungkin kita terlalu jauh daripada hukum Allah. Kita belum melaksanakan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat kita. Justeru, kembalilah kepada Allah. Amalkan Islam yang sebenar. Mudah-mudahan rezeki kita dimudahkan.


3. MENJAGA TAKWA

Takwa ialah melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya . Orang yang bertakwa berusaha sedaya mungkin untuk jauh daripada perkara haram. Sesiapa yang memastikan takwa berada di dalam hati, pintu rezeki akan terbuka untuknya.


4. LUANGKAN MASA UNTUK IBADAH

Sebagai Muslim, ada masanya kita bekerja dengan tekun dan cerdik. Pada masa lain kita beribadah dan meminta bantuan Ilahi. Kerja dan ibadah adalah dua aspek yang saling melengkapi. Terlalu sibuk bekerja hingga lupa ibadah tidak akan menghapuskan kefakiran hati.

5. MENJALINKAN SILATURRAHIM
Menjalinkan silaturrahim bermakna berjumpa dan berhubung dengan orang yang telah atau belum kita kenal. Perkara ini menuntut kita untuk selalu bersikap sopan dan ramah. Jangan segan untuk memulakan salam dan menegur terlebih dahulu. Pastikan wajah kita selalu ramah dan mudah didekati. Jika perkara ini dilakukan, ia akan mendedahkan kita kepada pelbagai peluang rezeki.

6. MEMBELANJAKAN HARTA PADA JALAN ALLAH
Pancingkan rezeki Allah dengan sedikit pemberian kepada hamba Allah yang memerlukan. Sedikit yang kita beri, banyak yang akan Allah ganti. Mualakn dengan orang yang terdekat dengan kita.

7. TAWAKAL
Salah satu pintu rezeki yang sangat penting adalah bertawakal dengan Allah. Gantungkan harapan hanya kepada-Nya. Bekerja dan yakinlah bahawa Allah akan selalu membantu. Jangan sesekali berputus asa kerana ia bukan sifat mukmin yang bertuhan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah... banyak saya dapat belajar dari entri ni, banyak benda kecil yang impaknya besar tapi sering kita terlepas pandang.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan fatin

    ReplyDelete