5 MUST Have Women Shoes !




Semua wanita gemar memiliki koleksi kasut dan rata-rata diantara kita mempunyai banyak pasang kasut di rumah, mungkin sepasang di pejabat dan beberapa pasang di dalam kereta. Tidak dinafikan, wanita dan kasut memang tidak dapat dipisahkan! Namun kadangkala wanita sering membeli tanpa memikirkan fungsi kasut terlebih dahulu atau bilakah masa yang sesuai untuk memakai kasut tersebut. Dan akhirnya terdapat beberapa yang pasang kasut yang dihumban ke dalam bilik stor dalam keadaan berhabuk. Jangan membazir! Walaupun kadangkala tawaran jualan hebat memberikan anda penjimatan yang banyak, korang harus berfikir dengan lebih rasional untuk mengelakkan berlakunya pembaziran. Kajian menunjukkan seorang wanita hanya memerlukan sekurang-kurangnya 5 pasang kasut yang boleh dipakai untuk lain-lain acara. So apa 5 jenis Women Shoes (kasut perempuan) yang wajib ada?



Kasut tumit tinggi
 ( High Heel )

Setiap wanita harus memiliki sekurang-kurangnya sepasang high heel atau kasut tumit tinggi yang boleh dipakai ketika menghadiri majlis-majlis istimewa seperti jamuan makan malam atau undangan perkahwinan.



Flats

Wanita juga wajib mempunyai sepasang flats yang boleh dipakai untuk ke mana sahaja. Ia boleh dipakai bersama padanan pakaian kasual anda mahupun untuk digayakan ke pejabat. Apa yang penting sekali, kasut flats ini amat selesa dipakai.



Boots

Ini adalah pilihan. ( Nak ada pun boleh, taknak beli pun takpe ), namun jika korang mahukan kelainan dan ingin tampil ranggi, miliki sekurang-kurangnya sepasang boots seperti berikut. Ia boleh dipakai dengan pakaian kasual seperti jeans dan t-shirt serta pakaian Muslimah seperti jubah moden.



Sandals

SEMUA WANITA WAJIB MEMPUNYAI SEPASANG SANDALS!



Wedges


Dan yang terakhir sekali adalah sepasang wedges. Mengapa? Kerana ia adalah pilihan terbaik untuk menggantikan koleksi high heels anda. Pemakaian wedges adalah lebih selesa dan tidak menyakitkan kaki !

Post a Comment

1 Comments

  1. Banyak kasut saya jenis flats. Memang selalu pakai flats je. Selesa.

    ReplyDelete