Tips Penjagaan Laptop


Hi korang! Buat apa tu? Pagi yang indah ni Aten nak kongsi tips penjagaan laptop kt korang. Meh baca meh :D hehehe

BATERI
-Elakkan daripada penggunaan bateri.
-Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
-Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
-Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
-Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

Keyboard
-Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
-Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
-Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Skrin LCD
-Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
-Gunakan screen saver.
-Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes berapa lama yang anda mahu.
-Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
-Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead Pixel.

Haba Panas
-Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
-Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

Port
-Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
-Gunakan berus atau berus gigi lama.
-Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Semoga bermanfaat dan Selamat mencuba! Muah ciked :*

Post a Comment

6 Comments

  1. Laptop ni memang dah time nak kena maintenance ni..good tips fatin

    ReplyDelete
  2. laptop ena dah 8 tahun..alhmdulillah..masih berkhidmat..tq for the tips

    ena tag blog awak kat sini: http://www.aeinnamusa.com/2015/09/segmen-blog-award.html

    ReplyDelete
  3. Alamak, bateri laptop ni dah tak dapat di selamatkan... dah tak power macam masa baru mula-mula beli dulu

    ReplyDelete
  4. info yang sangat bermanfaat..terima kasih kerana sudi berkongsi

    ReplyDelete