THEFACESHOP | Oil Control Water Cushion

Displaying 3I9A7020.JPG



Harini Aten nak kongsi salah satu produk terbaru dari THEFACESHOP ni. Oil Control Water Cushion. Pernah dengar tak? Mesti tak kann. Aten pun baru tau. Heeee. Memang sekarang dah jadi trend kan guna cushion foundation ni sebagai makeup. Aten nak tabik spring kt sesiapa yang reka ni. Memudahkan kerja Aten. Hehehe.


Pernah tak solekan kt muka korang kotor sebab cuaca yang tak menentu sekarang iaitu musim panas? Aten pasti semua pun rasa apa yang Aten rasa bila kita dah makeup cantik-cantik tapi berjemur panas lepastu makeup rasa macam cair dan luntur. Mesti selalu rasa kan?

Sekarang korang dah tak perlu rasa camtu lagi , THEFACESHOP memperkenalkan penyelesaian sepenuhnya; iaitu Oil Control Water Cushion.
Cushion foundation adalah sejenis produk inovatif produk solek yang mengandungi asas keseluruhan cecair dengan menggunakan microfoam ™. Dengan menggunakan Oil Control Water Cushion, solekan tampak lebih sempurna dan menawan !

Oil Control Water Cushion sangat best sebab :
  •  Menjadikan kulit nampak lebih  sempurna tetapi masih mengekalkan filem solek halus dan mengurangkan beban kepada kulit daripada kotoran.
  •  Tiada lagi rasa kulit melekit dengan Oil Control Water Control kerana ia menggunakan dengan teknologi kawalan minyak yang mengandungi ekstrak pokok moringa.
  •  LG Paten buih mikro ™ . LG Paten buih mikro yang mengekalkan kesegaran dari aplikasi yang pertama sehingga ke akhirnya. Mengandungi buih halus dengan sel-sel berkepadatan tinggi dan selesa digunakan.
Harga : RM88.93. Sangat berpatutan dengan kebaikan yang ada di dalam Oil Control Water Cushion. Hehehe. Ada jugak diskaun yang THEFACESHOP bagi tau. Korang kena bukak link ni http://oilzerochallenge.thefaceshop.net.my/ dan dapatkan kod promosi dan keahlian THEFACESHOP percuma dengan mengisi butiran yang disediakan. 

Review Aten :

Aten dah cuba produk ni seminggu dan hasilnya? Aten suka gilerrr dengan Oil Control Water Cushion dari THEFACESHOP ni ! :D Aplikasi yang pertama ke kulit Aten, Aten dah jatuh cinta. Hehehe. Oil Control Water Cushion merupakan foundation yang bagi Aten sangat ringan tapi kaya dengan kebaikan di dalamnya. Tiada lagi kulit kering. Memang best gilerrr walaupun macam-macam aktiviti Aten buat dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni ( jerebu ). Kalau nak basuh ni pun tak perlu guna sangat make up removal sebab sangat light. Senang keje Aten. Jimat pun jimat kan. Hehehe. Lepas habis ni , memang wajib Aten beli lagi la. Senang guna dan kecil dan boleh bawak ke mana-mana. Yeayyy! :D

Untuk maklumat lanjut, korang boleh refer bawah ni tau :




Post a Comment

3 Comments