Tayangan Perdana Filem ' Pontianak Menangis '



Pada hari Isnin lepas, Aten telah berkesempatan untuk menonton tayangan perdana Pontianak Menangis di e Curve. Terima kasih kepada Megat Firuz sebab invite Aten tengok sama-sama cerita ni. Jom cekidaut tentang cerita ni !

Pengenalan

Pontianak Menangis merupakan sebuah filem bergenre seram komedi dengan berlatarbelakangkan irama muzik terapi yang mampu memberi kesan terhadap penonton dalam rawatan kesihatan sepanjang durasi di dalam filem Pontianak Menangis

Merupakan sebuah filem yang bermesejkan kehidupan masyarakat yang bersatu dan bekerjasana dalam membantu menyelesaikan masalah kampung mereka.

Filem terbitan sulung Heart N Soul Sdn Bhd telah diarahkan oleh seniman Sdr.Ismail Jejaka fdam yang lebih dikenali sebagai pemuzik penggesek gergaji dimana bakatnya telah dicungkil dari program 'BAKAT' terbitan RTM pada tahun 1979.

Filem yang berdurasi 100 minit yang menelan belanja pembikinannya sebanyak RM800,000.00 telah menjalani penggambaran selama 35 hari di Batu Kurau, Taiping dan Kuala Terengganu akan mula ditayangkan pada 1 Oktober 2025 di seluruh pawagam-pawagan di Malaysia.



Sinopsis :

Berkisahkan Kampung Selamat yang kerap diganggu oleh pontianak dan setiap hari sering berlaku kecurian harta benda penduduk Kampung Selamat.

Disebabkan kejadian itu, penduduk Kampung Selamat telah berpakat untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi di atas gangguan yang berlaku setiap hari.

Seorang pemuda yang bergelar Man Kelentong telah memberi cadangan yang kononnya dia mengenali seorang pakar pengusir pontianak dari tanah Jawa yang digelar Raja Paku. Di atas cadangan yang menarik itu, seluruh penduduk Kampung Selamat telah sepakat bersetuju menyokong cadangan Man Kelentong.

Oleh kerana Raja Paku yang diceritakan oleh Man Kelentong itu tidak wujud, maka dia berpakat dengan rakan karibnya 'Mat Yeh' untuk menyamar sebagai Raja Paku. Mat Yeh bersetuju dengan cadangan itu sehingga dipercayai oleh semua penduduk Kampung Selamat.

Harapan tinggi penduduk Kampung Selamat mengharapkan Mat Yeh dapat mengusir pontianak itu. Tetapi lain pula jadinya apabila Mat Yeh telah jatuh cinta pada pontinanak itu. Akhirnya segala kejadian yang terjadi di Kampung Selamat telah terbongkat dan bukan disebabkan oleh perbuatan pontianak di Kampung Selamat.

Barisan pelakon :


  1. Sally ( Indonesia ) 
  2. Bella ( Indonesia )
  3. Sayuti ( Indonesia )
  4. Soya
  5. Yassin Senario
  6. Hamdan Senario
  7. Ilya Senario
  8. Wan Walla
  9. Rahim Sepahtu
  10. Joey
  11. Watie Elite
  12. Sathia
Review Aten :

Nama cerita Pontianak Menangis, so macam tak seram. Aten pun pergi je lah join tayangan perdana ni. Nama pun pontianak menangis mesti takde adegan terkejut-terkejut punya tapi rupanya ada tapi tak terlalu terkejut. Biasalah hantu terbang-terbang kan. Hahahaha. Filem seram komedi yang sangat simple bagi Aten. Sangat okay untuk filem pertama dari Heart N Soul. Mungkin lepas ni boleh diperbaiki lagi. Aten bagi 6 bintang. Hehehe. Ada unsur kelakar yang boleh menghilangkan tensi korang. Pergi lah tengok tau ! Esok keluar kt pawagam. Jom ajak kawan tengok ramai-ramai. Hehehe

Post a Comment

1 Comments