Program Sunshine September Beri Peluang Kepada Kanak - Kanak Autistik Serlahkan Bakat

Displaying Nasom kids with celebrity friends,management of Suria KLCC and partners of Sunshine September programme.jpg

Alamanda, Mesra Mall dan Suria KLCC telah melancarkan program Sunshine September 2015 di pusat membeli-belah Suria KLCC baru-baru ini dalam usaha mereka untuk meningkatkan kesedaran mengenai autisme di kalangan rakyat Malaysia dan mengumpul dana bagi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). Genap enam tahun selepas dimulakan pada tahun 2010, fokus program Sunshine September pada tahun ini ialah memberi peluang kepada kanak-kanak autistik untuk menyerlahkan bakat mereka, mengumpul dana dengan pelbagai cara selain menyebarkan maklumat mengenai autisme.

Displaying Nasom booth.jpg

Displaying Adibah Noor's performance.jpg

Hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, Ketua Pegawai Operasi, Francis Tan dan Pengerusi NASOM, Bistaman Siru Abdul Rahman. Turut hadir untuk memberikan sokongan ialah selebriti-selebriti  antaranya Deborah Henry, Daphne Iking, dan Adibah Noor, yang turut mendendangkan dua buah lagu di majlis tersebut.

Displaying Umar Hasfizal,an autistic youth sang You Raise Me Up at Sunshine September launch.jpg 

Istimewa untuk para tetamu yang hadir, koir autistik pertama di Malaysia telah mendendangkan lagu “We Are The World” manakala remaja autistik berbakat, Umar Hasfizal, memrikan persembahan hebat menerusi lagu “You Raise Me Up”.  Mereka telah  membuktikan bahawa individu autistik boleh menjalani kehidupan normal  dengan adanya sokongan dan pengambilan langkah-langkah awal dari segi pembelajaran.   Kumpulan koir autistik NASOM ini akan membuat persembahan pada setiap hujung minggu sepanjang bulan September.

Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata “Perbezaan pada tahun ini ialah kami bekerjasama dengan stesen radio Lite FM, bukan sahaja untuk menyebarkan maklumat tentang autisme, malah untuk mempamerkan bakat Umar Hasfizal mendendangkan lagu ‘You Raise Me Up’ dalam video rakaman.  Video rakaman ini boleh ditonton di Facebook Lite FM di fb.litefm.com.my sepanjang 30 September. Kami ingin menyeru  orang ramai agar menyokong program ini dengan menekan   butang ‘like’ untuk video tersebut.   Untuk setiap ‘like’ yang diterima, kami akan menderma RM1 kepada NASOM melalui program Sunshine September. Sasaran kami adalah 50,000 ‘like’ dan kami akan menderma sebanyak RM50,000 kepada NASOM. Justeru itu bantulah kami untuk membantu NASOM dan golongan autistik dengan menekan butang ‘like’ untuk video rakaman nyanyian Umar.”

Tambah beliau lagi, “Sunshine September telah diperkenalkan dengan tujuan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan autistik serta berkongsi maklumat mengenai autisme agar rakyat Malaysia lebih memahami autisme dan dapat menerima serta memberikan sokongan kepada golongan autistik. NASOM memerlukan dana dari pihak individu dan korporat untuk meneruskan usaha mereka membantu golongan autistik.   Sepanjang 6 tahun yang lepas,  kami berupaya mengumpul lebih daripada RM1.4 juta untuk NASOM dengan sokongan rakan-rakan perniagaan dan para pengunjung kami. Dana yang terkumpul untuk NASOM ini telah digunakan untuk program-program pendidikan mereka antaranya  program persekolahan arus perdana, program intervensi awal dan program intensif intervensi awal. Pada tahun ini, dengan sokongan dan bantuan semua pihak, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan lebih banyak pihak dan menambahkan lagi jumlah dana agar NASOM dapat membantu lebih ramai individu autistik.”

Para pengunjung boleh beramal dengan menyertai aktiviti dan permainan yang menyeronokkan di Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall.  Selain itu, para pengunjung juga boleh menderma  dengan membeli kemeja-T, set alat tulis, set sudu garfu serta hasil seni oleh kanak-kanak NASOM dari 2hb hingga 30hb September. Rakan-rakan perniagaan ketiga-tiga pusat membeli-belah ini juga akan menyumbang kepada dana Sunshine September melalui derma wang tunai atau memberi sebahagian daripada hasil jualan barangan terpilih mereka.

Displaying NASOM Maestro 1.jpg 

Para pengunjung turut dijemput untuk melawat ruang pameran NASOM di ketiga-tiga pusat membeli-belah daripada 2hb higga 5hb September untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai autisme dan NASOM.   NASOM Maestro, koir autistik pertama di Malaysia akan membuat persembahan nyanyian dan tarian diketiga-tiga pusat membeli belah ini. Selain daripada itu, NASOM juga akan membuat jualan bagi produk kraftangan dan lukisan oleh kanak-kanak NASOM dan 100% hasil jualan  akan disalurkan kepada NASOM. 

Untuk maklumat lanjut mengenai program Sunshine September, sila kunjungi www.sunshineseptember.com atau hubungi (03)2382-2828 untuk Suria KLCC, (03) 8885 5468 untuk Alamanda dan (09) 864 9000 untuk Mesra Mall. Bagi ibu-bapa atau orang ramai yang mengenali  insan autistik  dan ingin mengetahui maklumat lanjut tentang NASOM, sila kunjungi  www.nasom.org.my

Post a Comment

5 Comments

  1. Anak-anak autisme ni memang memerlukan perhatian yang penuh dari ibubapa kan...

    ReplyDelete
  2. Anak2 istimewa.. Jika diberi perhatian dan pendidikan yang sewajarnya, mereka juga boleh berjaya.. Bakat terpendam pon boleh diasah.. Bagus program ni.. ^__^
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  3. saya 2 kali pernah ikut program NASOM sebenarnya menjadi sukarelawan di melaka dahulu

    ReplyDelete
  4. Anak-anak yang memanh sentiasa istimewa...

    ReplyDelete
  5. anak2 istimewa autism perlukan memahami mereka

    ReplyDelete