Movie Review | Polis Evo ( 2015 )


Sinopsis Polis Evo :

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu.

Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal.

Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?

Trailer Polis Evo :


Review Aten :

Filem melayu yang paling awesome setakat ni. Goodjob Polis Evo. Aten sampai tengok 2 kali. Hehehe. Yang penting hero Aten dalam cerita ni ( Shaheizy Sam ) badan ketak-ketak. Merecikk. Hahahaha. Unsur komedi yang diterapkan pun sangat kelakar dengan adanya Zizan. Aten tak pernah lagi pergi Terengganu. So, dalam cerita ni Aten boleh la bayangkan sikit-sikit cemana rupa Terengganu ni. Hahaha. Berjaya kaut 8 juta dalam masa seminggu lebih ! Fuhhh perlu adanya lagi cerita melayu camni baru lah syok tengok kt pawagam. Hehehe. Sape yang tak tengok lagi memang rugi. Serioussss! Pergi la curi masa tengok kejap. Berbaloi-baloi ! Aten bagi 10 bintang. Yeayyyy 

Post a Comment

2 Comments

  1. banyak nya review review terbaik dari blog nieh,
    semoga sempat lah tengok

    uhuhu

    ReplyDelete
  2. Banyak betul yang bagi review positif tentang cerita ni. Memang kena tengok la

    ReplyDelete