Rokok Elektronik , Vapor Haram.



KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan, rokok elektronik atau vapor adalah haram.

Dr. Zulkifli melalui entri di laman facebooknya memaklumkan, mengikut hukum Islam, penggunaan e-rokok atau vapor itu sama seperti rokok sebenar.

Jelas beliau, bedasarkan kenyataan, pakar menunjukkan, ia memudaratkan malah boleh menjadi lebih mudarat daripada merokok.

"Jumlah nikotin dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya.  Ia boleh mengandungi antara 6-8mg dalam setiap 1ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16-18mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi).

"Namun harus diketahui bahawa jika semua 60mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional," jelasnya.

Justeru katanya, berdasarkan daripada kenyataan tersebut dan juga nas yang dinyatakan maka Irsyad Fatwa ke-63 berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah haram.

Katanya, faktor lain yang diambil kira adalah pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah khususnya bagi golongan wanita.

Tambahnya, Irsyad Fatwa ke-63 memutuskan perkara berkenaan sama seperti fatwa ulamak lain yang menyokong pengharaman rokok elektronik tersebut.

Justeru beliau menyeru umat Islam untuk meninggalkan penggunan rokok elektronik atau vapor berkenaan.


sumber : Astroawani.com

Post a Comment

6 Comments

  1. Hurmm.. Tu la kan... Org suruh berhenti rokok ni altenatif rokok elektronik.... Ish2 stop smoking stop vape ...huhu

    ReplyDelete
  2. Hurmm.. Tu la kan... Org suruh berhenti rokok ni altenatif rokok elektronik.... Ish2 stop smoking stop vape ...huhu

    ReplyDelete
  3. Awatlah suka sangat berasap.. Macam2 trend skrg ni, rokok lah shisha lh elektroniklah.. hurmmm.. stop smoking kan senang..

    ReplyDelete
  4. Orang kata vape lagi bahaya dari rokok.. Senang cerita isap rokok daun kosong jelah kalau dah ketagih sgt sampai takleh benti.. Huhu..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  5. Manusia apa yg salah tu lah lg nak dibuat...

    ReplyDelete
  6. Ramai yang dah mula menggunakan e-Rokok

    ReplyDelete