KidZania Kuala Lumpur | Back-2-Kidz : Be a kid again !


Kai there! 

Akhirnyaaaaaa, cita-cita Aten utk jadi pilot, bomba berjaya ! Cemana? Baca entry ni sampai habis tau.

Ada sini sesape cita-cita dia nak jadi pilot ke bomba ke nak belajar nak buat coklat cadbury ke belajar buat oreo ke cuba angkat tangan? Haaaaaaa Aten tau kt mana korang boleh realisasikan cita-cita korang.

Untuk pengetahuan korang, pada 22 Ogos dan 29 Ogos, KidZania Kuala Lumpur akan membuka dan memberi peluang untuk korang yang dewasa untuk merasa menjadi kanak-kanak balik!

Jom baca pengalaman Aten dan rakan blogger yang lain apa yang ktorg buat selama 3 jam di KidZania Kuala Lumpur. Hehehehe.



Sampai je di KidZania ktorg daftar dan dengar briefing dari Sean Ezmeer yang merupakan salah seorang dari team KidZania. Selepas itu, kitorang dihiburkan dari satu tarian moden yang sangat wow sekali ! Video tarian tu korang boleh tengok dekat instagram Aten http://instagram.com/fatinbellaaa . Hehehehe.



Okayy, perkara pertama yang korang kena buat bila masuk dalam ruang taman KidZania tu adalah menukarkan cek yang korang dapat di CIMB Bank KidZania. Jangan main-main tau. Siap ada duit lagi. Siap ada bank lagi tau. Ape yang kena buat dengan duit-duit tu? Di KidZania, korang akan buat kerja tertentu untuk dapat duit atau gaji. Ataupun korang kena keluarkan duit untuk buat kerja tertentu. Jom tgk kitorang buat kerja apa. Hehehe


Ni antara muka-muka yang tazzabar nak merasa menjadi budak kecik balik. Hehehe. Okayy ni sebenarnya kitorang tengah tunggu turn untuk merasa menjadi pilot !


Sebelum nak naik kapal terbang, biasalah ada briefing dulu. Mereka ni akan menceritakan apa yang kitorang kena buat apa semua. Hehehe



Ni la kokpit kitorang ! Wahhh banyak giler button. Excited giler dapat merasa duduk di tempat pilot dan kokpit kapal terbang. Hehehe. Habis je menerbangkan kapal terbang, kitorang dapat gaji pertama kitorang :D hehehe.


Then, kitorang pergi ke kilang Vitagen ! Yeahh dapat belajar cemana air Vitagen yang korang minum hari-hari tu dibuat :D




Memang menarik kilang Vitagen. Di dinding kilang tu kita boleh dapat tau macam mana terhasilnya Vitagen. Siap ada mesin dia lagi tu. Memang hebattt ! *clap-clap*

Oh lupa nak bagitau, kalau nak masuk kilang Vitagen ni, korang kena bayar tau dengan menggunakan duit Kidzania dan belajar cemana nak buat dannnn dapat 1 botol vitagen hasil yang korang buat tu. Yeayyyy :D




Kilang Oreo yang sangat simple tapi penuh dengan fakta yang menarik. Kalau korang nak tau, kt kilang Oreo ni ada "High Speed Cookie Oven" yang hanya mengambil masa 20 hingga ke 25 saat sahaja untuk membakar biskut. Wahhh cepat giler kann. Kalau masuk kilang Oreo ni kena bayar tau sebab kira macam kita bakar biskut kita sendiri pastu boleh balik. Hehehe.




Sape sini minum air Spritzer? Yeayyy sama lah kita. Kt sini kita dapat tau cemana air tu dihasilkan. Percaya atau tidak, dah 26 tahun tau Spritzer wujud. Hehehe. Sangat teliti tau cara nak hasilkan air ni. Daripada plastik kecil yang digunakan untuk menghasilkan botol besar hinggalah jadi air Spritzer yang kita selalu minum tu. Sini pun kena bayar tau. Kita akan buat air kita sendiri dan boleh bawak balik. Hehehehe.



My fav place ! Kilang Coklat Cadbury ! Dapat belajar buat coklat sendiri dari coklat tu cair sehinggalah dibekukan. Yang paling best ialah sesi meng-vibrate-kan coklat ! Meng-vibrate-kan coklat? Ape ke pelik sangat tu. Hahahaha. Gini, kt kiri dan kanan mesin tu kan ada mcm tempat nak letak coklat kan. Benda tu akan menghasilkan getaran untuk menghilang bubble yang berkumpul dalam coklat tu. So, nanti coklat tu mampat padat dan sedap dimakan. Takde lah membazir nnt beli mahal2 tapi banyak bubble. Hehehe.




Antara kerjaya yang popular di KidZania ialah Fire Fighter ataupun Bomba. Best sangat dapat naik kereta bomba dan padamkan api kebakaran. Rasa mcm jadi bomba betul2 je. Hehehe. Ni lah team Aten yang berjaya memadamkan api kebakaran di Hotel Flamingo. Kitorang kan team power sedia berkhidmat bila-bila masa. Yeahhh! *tunjuk muscle tangan* hehehehe

Dan...................................


Kitorang bekerja di construction site ! Bina rumah gituuu. Susun batu-bata sesama. Hehehehe dan dapat gaji. Yeahhhh. Seronok rasanya dapat duit gaji. Tazzabar nak kerja dan earn duit sendiri. Hehehe.

Menarik kan? Sebenarnya banyak lagi kerjaya-kerjaya yang best tau. Tapi tu lah. Masa sangat mencemburui kitorang. So, kitorang dapat buat kerja sikit. Tapi penat okayy dab berbaloi-baloi. Hehehe. Kt sini lah kalau nak tunjuk perangai budak-budak orang takkan marah sebab kena dengan tema KidZania Back-2-Kidz gituuu. Hehehehe.

Macam mana nak masuk?

Haaa, pada 22 Ogos dan 29 Ogos ni nanti, KidZania akan memberi peluang dan membuka pintu kepada orang dewasa di luar sana untuk mengalami dan merasai lebih dari 100 kerjaya yang ada di KidZania Kuala Lumpur. 

Jom dapatkan tiket Kidzania Kuala Lumpur di kaunter tiket atau hubungi 1-300-88-KIDZ(5439).

Harga : RM48 ( Early Bird ) / RM58 ( Walk-In )

Haaa, ni mesti ramai yang taktau. Kt Kidzania Kuala Lumpur jugak korang boleh buat gathering ataupun family day jgk tau. Kira KidZania akan ditutup hanya untuk aktiviti korang je. Wahhh best kannn? :D hehehe.
Antara bloggers yang datang dan memeriahkan event Back-2-Kidz pada hari sabtu lepas. Korang memang havoc :D hehehe

Z-U!

p/s : Dalam bandar KidZania , Kai means Hi and Z-U means See you :D hehehe

Post a Comment

13 Comments