Oh My MARA !




SUNGAI BESI - "Tidak ada istilah terlebih bayar dalam isu pembelian hartanah di Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), orang gila sahaja terlebih bayar sampai RM 63 juta! Ini semua penyelewengan!," dakwa Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW), Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, beliau sengaja menggunakan perkataan 'penyelewengan' kerana tidak akan ada mana-mana pihak yang sengaja terlepas pandang dana berjumlah RM63 juta.

"Kalau mereka (Mara) kata mereka terlebih bayar RM5 dalam pembelian hartanah di Australia, itu tak apalah.. Saya pun tidak kisah. Tetapi ini melibatkan dana sehingga RM63 juta!

"Ini dikira penyelewengan. Mana ada manusia dalam dunia ni boleh terlepas pandang RM63 juta?," sindir Rafizi pada sidang media hari ini.

Rafizi berkata demikian ketika meneliti pembelian hartanah yang dilakukan oleh Mara ke atas unit S5, 746 Swanston Street (281 unit) di Melbourne pada harga AUD$41.8 juta (RM138.6juta) pada 20 Ogos 2012.

Dakwa Rafizi lagi, berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh www.onthehouse.com.au, urusniaga tersebut dikatakan berlaku pada November 2012 pada harga AUD$23.5juta (RM75.7juta), sekali gus berbeza dengan jumlah dana yang dilulus dan dilaporkan oleh Mara.

"Dalam laporan Mara, harga jual beli hartanah tersebut berjumlah RM138.6 juta sedangkan harga jual beli yang dilaporkan perunding hartanah bebas pula adalah RM75.7juta.

"Jumlah ini berkemungkinan adalah jumlah yang diselewengkan kerana jumlah yang diluluskan oleh Mara tidak semuanya digunakan untuk membeli unit-unit hartanah di 746, Swanston Street," katanya lagi.

Justeru itu, Rafizi menuntut pihak Mara tampil membuat penjelasan berhubung isu tersebut, selain menggesa Mara mendedahkan pihak yang mengaut keuntungan dalam hasil jual beli hartanah tersebut.

"Mara lapor lulus dana untuk beli hartanah sampai RM138.6juta. Entah bagaimana RM63juta dari jumlah dana tersebut tercicir entah di mana. Tidak sampai ke Australia," bidasnya lagi.

Petikan Akhbar Sinar.

Allahu. Ape nak jadi ni. Penyelewangan berleluasa. Patut Aten dapat MARA half je. #Ehhh takde kena mengena. Mohon pihak MARA tampil buat penjelasan. Aten pun nak tau kes sebenarnya. Melibat berjuta-juta RM. hmmmm

0 comment... add one now