Movie Review | Suamiku Jatuh dari Langit


Sinopsis Suamiku Jatuh dari Langit :

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Asyikin (Nora Danish) yang mempunyai seorang bapa Pak Bidin (Kaza), seorang ketua kampung yang tegas.Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin telah di didik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka.Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri .Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin ,manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Dan bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka.

Trailer Suamiku Jatuh dari Langit :


Review Aten :
Memang lain dari lain! Dannnnnnn sangat kelakar ! Hahahahahaha. Ada satu part tu memang Aten gelak paling kuat punya lah! Nak Aten cerita tak? Nak, taknak, nak, taknak. Okay lahh. Aten cerita. Masa bapak Asyikin ajar Awie cara mengaji. Korang kena tengokkk, memang gelak tak ingat dunia punya lah. Hahahahahaha. Adoiii. Aten bagi 9 bintang dari 10 bintang. Yeayyy. Cantik sangat dorg shooting kt situ. Rindu pulak nak ada kampung. Hukhuk. Korang jangan lupa tengok tau. Memang best gilerr. Nak ajak Aten pun boleh. Hehehehe.

2 comments.. read them below or add one

Dunia Zumal Dunia Zumal 17 July, 2015
Dah la judul filem tu lawak, jalan cerita pun lawak yer ^-^
DYatie ABakar DYatie ABakar 17 July, 2015
Macam best je! Tapi akak dah lama gila tak tengok wayang.. 😂