5 Tip Gurau Berpahala



1. Perkara yang benar
Rasulullah S.A.W sentiasa berkata benar. Dan setiap gurauan Rasulullah juga merupakan perkara-perkata yang benar sahaja. Kalau korang nak tau, gurauan yang bersifar rekaan hal-hal dusta tidak dibenarkan dalam Islam. Hal ini kerana didikan sebegini bertujuan menjaga hubungan sesama manusia.

2. Tidak Ketawa Melampau 
Ketawa merupakan salah satu terapi. Boleh bayangkan tak seharian tanpa gelak ketawa. Muka serius je. Sape yang tengok pun takut ! Tapi Islam mendidik kita agar kerawa dengan tidak melampau. Melampau yang bagaimana? Haaaa, ketawa berdekah-dekah sehingga menyakitkan hati orang lain.

3. Tidak Mempersenda
Sudah menjadi trend masa kini, gurauan melibatkan fizikal dan rupa paras orang lain. Mungkin ada yang pernah menjadi mangsa gurauan sebegini. Dikatakan gemuk macam gajah, kurus seperti papan, hitam seperti arang dan sebagainya. Gurauan sebegini boleh membawa kepada pergaduhan besar. 

4. Berkongsi Manfaat 
Antara gurauan yang menarik dan mendatangkan pahala ialah gurauan tentang kebaikan atau fakta-fakta baru. Contohnya, kita boleh kongsi tentang fakta tahukah anda. Jenaka sebegini secara tidak langsung berkongsi informasi yang menarik bahkan ilmu baru untuk rakan kita. Tapi kita kena lah pastikan fakta yang dikongsikan itu tepat, jika tidak mereka pulak yang sesat.

5. Tidak Memudaratkan
Selain daripada trend menjadikan modal kelemahan bahan jenaka, gurauan bersifat mengenakan orang juga sudah menjadi kebiasaan. Contohnya, panggilan telefon yang mengundang ketawa orang lain, namun hakikatnya menjatuhkan maruah mangsa pulak.

Jom amalkan ! :)

3 comments.. read them below or add one

Diana Rashid Diana Rashid 11 June, 2015
setakat ni ketawa berdekah2 depan suami je..lagi berdekah lagi dia buat lawak..hahahah
JMR JMR 12 June, 2015
owh kena gurau berpada-pada la pasni
Uncle Zuan Uncle Zuan 21 June, 2015
ramai tak perasan ni. bagus peringatan ini