Buffet Ramadhan @ Putrajaya International Conventional Centre, PICC


Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan promosi Berbuka Puasa Kali Kedua iaitu ‘Buffet Ramadhan 2015’ yang bertemakan “Hidangan Tradisi Warisan Budaya”. PICC memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan 300 hidangan yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan.











    Antara hidangan utama yang akan menjadi tumpuan adalah Sup Ekor Berempah, Kerabu Betik Muda (Som Tam) Buah Pauh Daging Salai, Nasi Ulam Utara, Kerang Bakar Bersambal, Shawarma Ayam dan Daging, Satar Terengganu, Rendang Kambing, Gulai Daging Pisang Muda, Pajeri Jantung Pisang,  dan lain-lain lagi hidangan yang berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu. Antara Pemanis Mulut yang akan menjadi tumpuan adalah seperti Chocolate Fountain bersama buah-buahan segar yang di celup dengan chocolate, Apam Balik dan Kueh Onde-Onde. 

      Bufet ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti “Pembuka Selera”, “Kecur Liur, “Pemanis Mulut”, “Manisan Periuk Tanah Liat”, “Gerai Utama  PICC”, “Kawah Warisan”, “Aneka Panggang”, “Kebun Buah Pak Rusmie”, “Aneka Keropok” dan “Jeruk Pak Ali”.

    Sinonim dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, PICC turut menyediakan pelbagai jenis bubur sebagai pelengkap untuk berbuka puasa. Antara hidangan bubur yang disediakan adalah Bubur Lambuk Berempah PICC, Bubur Kacang Hijau Durian, Pengat Labu dan Pengat Pisang.

    Promosi ini  turut menyediakan hidangan yang berasaskan pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine beserta Sos Bolognese, Napolitana dan Carbonara. Bagi mereka yang inginkan kelainan semasa berbuka puasa, boleh mencuba hidangan pasta yang lazat ini.

       Pakej berbuka puasa ini akan bermula pada 20 Jun sehingga 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM 88.00 untuk dewasa dan RM 44.00 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Cafe@PICC dapat memuatkan 1000 orang pada satu masa 

    Sambil menjamu selera, pengunjung berpeluang memenangi “Cabutan Bertuah” dengan hadiah utama “Duit Raya Tunai” sebanyak RM 3,000.00 disamping hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih RM10,000.00. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Syawal di laman Facebook PICC.

         Bersempena dengan bulan ramadhan ini juga, pihak pengurusan PICC turut menyediakan solat terawih berjemaah bermula pada hari pertama promosi ini bertempat di surau yang disediakan bagi kemudahan orang ramai. Surau wanita di aras Mezzanine manakala surau lelaki di aras Concourse.

     Bagi mereka yang mencari kelainan semasa berbuka puasa samada bersama keluarga atau rakan-rakan disamping menikmati pemandangan indah sekitar Bandar Putrajaya, PICC adalah destinasi yang terbaik untuk berbuka puasa. Rosma AF  akan menghiburkan para pengunjung dengan alunan muzik yang sesuai dengan bulan Ramadhan sepanjang tempoh promosi ini. 

         Bagi tempahan untuk Buffet Ramadhan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887 6162. Pada tahun ini tempahan juga boleh didapati melalui online booking dilaman web  www.ticketonline.my/picc .

PICC turut menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan mereka. PICC juga turut menawarkan pakej korporat untuk majlis rumah terbuka atau “ Raya Open House” bagi syarikat – syarikat korporat. Sekiranya ada yang berminat, sila hubungi talian 03-8887 6000 atau lawati laman web PICC di http://www.picc.com.my , untuk mendapatkan maklumat mengenai acara atau pakej yang ditawarkan dengan pantas bolehlah menggunakan saluran media sosial rasmi Facebook PICC iaitu http://www.facebook.com/piccmalaysia atau Twitter PICC @piccmalaysia.

Bagi mendapatkan maklumat korporat PICC, sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau emel kumari.nahu@picc.com.my .

Post a Comment

3 Comments

  1. Menarik...Sangatsangat menarik..semoga ramai laa yang yang sudi tempah majlis berbuka kat sana,.

    ReplyDelete
  2. alaaaa, nyesal dtg sini. kecur air liuqq, huhu

    ReplyDelete
  3. kalau ada peluang teringin jugak nak berbuka di sini nanti...

    ReplyDelete