Media Appreciation Night 2015 di GSC Nu Sentral


Hari Jumaat haritu Aten dan Kak Ruby telah hadir ke Media Appreciation Night yang telah dianjurkan oleh GSC Nu Sentral. Acara ni dibuat untuk menghargai media-media yang pernah bekerjasama dengan GSC Nu Sentral.




Pendaftaran bermula pada pukul 6.30 petang dan semua yang berdaftar telah dapat powerbank dan 2 tiket percuma menonton wayang di GSC. Ouh ya, Aten jugak dapat Sparkling Juice ni utk cabutan bertuah untuk semua yang hadir. Semua yang hadir akan cabut satu nombor dan hadiah diberikan mengikut nombor. Ada yang dapat charger dan sebagainya.




Pada pukul 8, acara bermula dengan ucapan oleh CEO GSC Cinema, Ms Koh Mei Lee. Selepas itu, tayangan filem-filem yang akan berada di GSC Nu Sentral sepanjang tahun ni. Antara yang Aten tak sabar nak tunggu ialah Pitch Perfect 2, Pilot Cafe dan Dragon Ball. Tazzabarrr! Hehehe

Selepas diadakan pulak cabutan bertuah. Hadiah buat mereka 10 orang yang bertuah antaranya ialah Iphone 6+ , Samsung Galaxy S5, Oppo Find 7, Samsung Galaxy Note 4, Go Pro dan ada lagi 5 gajet lagi yang sememangnya best gilerrrr. Tapi malangnya ktorg tak bertuah. Mampu tengok je lah media-media lain dapat hadiah gajet yang best tu. Huhu.

Di akhir event, ktorg disajikan dengan tayangan filem Fast and Furious 7 yang merupakan kali ke - 3 Aten tengokk. Fuhhh dahsyat penangan Fast and Furious 7 ni. Dalam kul 11 camtu, tayangan filem Fast and Furious 7 pun berakhir dan masing-masing beransur pulang.

Terima kasih Golden Screen Cinema Nu Sentral ! 

Post a Comment

1 Comments

  1. Oh patutlah hari tu ramai media. Hari jumaat tu saya pon ada situ tengok wayang. seronoknyaaa :)

    ReplyDelete