Blazer Murah, Kinslager Boutique & Tailor kini berada di Nu Sentral !

Hi kesayangan ! 
Harini Aten akan bercerita mengenai satu kedai blazer yang menawarkan harga yang berpatutan tapi kualiti yang sangat selesa.

Kalau korang nak tau, Aten memang tengah carik blazer yang sesuai dengan saiz Aten. Yelaaa, tahun depan Aten dah start nak internship, nak kerja. So, bila dah nak kerja mesti lah ada at least full suits blazer dan skirt untuk pakai waktu kerja atau pun ada function yang formal.

Finallyyyy, Aten dah jumpa satu butik yang menawarkan satu suits yang sangat berpatutan untuk Aten yang masih belajar ni. Nama butik tu ialah ' Kinslager Boutique & Tailor ' yang baru dibuka di Nu Sentral Mall. Sebelum ni butik ni ada di Desa ParkCity. Memang quite jauh dari tempat Aten. Tapi ni dah ada kt Nu Sentral memang senang lah. Aten boleh pergi sana dengan menaiki pengangkutan awam je. Tau kan Nu Sentral kt mana? Bersebelahan dengan KL Sentral je. 



Nahhhh, satu suit yang Aten cuba dan muat dengan sangat sempurna.Tak perlu nak kena ubah apa-apa. Aten dapat cuba suit ni sebab Aten datang awal. Walaupun 5 minit lambat, CEO butik ni terkejut sebab Aten datang awal. Ingat lagi dia cakap gini kt Aten ' Hi, wow you come so early' . Terkejut Aten. Hehehe

Sempena pembukaan butik cawangan baru di Nu Sentral ni, Kinslager Boutique & Tailor memperkenalkan satu lagi koleksi mereka. ' Red Label ' Collection. Koleksi mereka yang lain, mid-range ' Blue Label ' dan high-end ' Black Label ' masih dikekalkan.

Koleksi 'Red Label' merupakan koleksi mampu beli. Harga yang berpatutan dengan kualiti tinggi dari fabrik yang sangat selesa. Aten dah cuba. Sepanjang acara tersebut, Aten pakai je suit tu. Hehehe.
Model-model yang memperagakan ' Red Label ' Collection. Didatangkan dengan 3 warna iaitu hitam, biru gelap dan kelabu yang sangat sesuai untuk dipakai apabila menghadiri event formal atau event korporat. 'Red Label' Collection mempunyai 3 jenis line yang berbeza iaitu ;

- BASIC Line ( from RM399.00 ) - availabe in Black only
- CLASSIC Line ( from RM599.00 ) - available in Black, Blue & Grey.
- PROFESSIONAL Line ( from RM799.00 ) - available in Black, Blue & Grey

Biasanya bila orang sebut blazer je , mesti cakap tak mampu nak beli, mahal. Nak pakai pun kejap je pun. Lagi-lagi mereka yang kerja yang tidak memerlukan utk memakai blazer. Tapi wajib pakai blazer utk acara tertentu. Dalam setahun berapa kerat je lah event yang kita pergi yang memerlukan pemakaian blazer. Bila orang sebut blazer je mesti orang akan ingat blazer berharga RM500 ke atas. Itu baru blazer je. Belum masuk lagi seluar. 

Tapi di Kingslager Boutique & Tailor pula lain. Kita hanya boleh dapat blazer dan seluar dengan harga serendah RM399 ! Fuhhhh, fabrik dah cantik. Pakai memang selesa giler, tak rasa panas pun. Memang nampak mahal tapi harga yang ditawarkan sangat berpatutan !
Tie dan Bow jugak ada dijual disini. Tak dilupakan vest jugak ada disini.

Boleh beli online ke?
InsyaAllahhh tak lama lagi korang boleh beli online. Tapi la kan, Aten sangat suggest korang datang butik ni sendiri dan cuba dan dapatkan pendapat dari pekerja butik ni. Mereka lebih tahu tentang ukuran yang sesuai dengan korang. Kalau ada yang terbesar atau terlonggar kt bahagian mana-mana, Kinslager akan mengubah mengikut keselesaan kita. 

Bila korang dah cuba dan berkenan, korang akan bayar RM399 dan akan dapat dalam jangka masa 2 minggu atau kurang. Kenapa dapat lambat? Sebab Kinslager nak pastikan koleksi mereka sentiasa ada di butik supaya orang lain dapat mencuba jugak. 
Sebelum event habis, kami sempat bergambar dengan CEO Kinslager Boutique & Tailor, model-model yang memperagakan suit keluaran terbaru Kinslager dan rakan media dan blogger Yaya Natsumi, Sizzling Suzai, Sham Hardy dan Saiful Naim.

Sape-sape yang nak datang sini boleh roger Aten okayy. Kita pergi sesama :D hehehe.

Post a Comment

4 Comments

  1. Nak tanya la kalau beli red label tu if ada yang besar or tak fit dengan badan. Kinslanger boleh buat fitting tak and price still sama or kena tambah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kinslager boleh buat dan memang akan buat fitting dulu then baru dapat.

      Delete
  2. Ada jugak lalu depan kedai ni masa tengah cari blazer. Nak masuk tapi takut harganya mahal sangat. Kalau nak beli blazer je boleh x? Ke memang dia jual one suit je?

    ReplyDelete
  3. Ada jugak lalu depan kedai ni masa tengah cari blazer. Nak masuk tapi takut harganya mahal sangat. Kalau nak beli blazer je boleh x? Ke memang dia jual one suit je?

    ReplyDelete