Chelsea vs Man United | Team mana yang bakal menang?


Seperti yang korang tau, esok merupakan perlawanan antara dua team bola yang Aten rasa agak popular. Masing-masing nak rebut jadi juara utk Premier League. Sooo, memang akan ada peperangan bila dua team ni bertembung. Aten merupakan salah seorang penyokong Chelsea dan agak lama join dengan komuniti Soljabiru yang merupakan satu komuniti rasmi menyokong kelab Chelsea. Pantang nampak member yang sokong Menyu terus carik pasal. Hahaha

Aten selalu tengok perlawanan Chelsea dengan team Soljabiru dekat restoran Black Pepper kt Kg baru ni haa sebab dekat dengan rumah.

Dengar-dengar cerita lah kan, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin akan turut serta menonton perlawanan bola antara kumpulan Chelsea dan juga pasukan Manchester United di Black Pepper, Kg baru. Penaung Soljabiru pun akan ada. Sooo, Aten nak ajak semua fans Chelsea dan fans Menyu utk sama-sama 'gaduh' tgk game ni. Hehehe. So, dapat lah korang selfie dengan abam KJ kannn. Aten la salah sorang nye yang akan berselfie dengan KJ. Mintak izin bergambar dengan KJ ye Encik Boyfriend. Heeee

Tempat : Black Pepper, Kg Baru ( dulu dinamakan Havoc Bistro ) 
Tarikh : 19 April 2015 ( Ahad )
Masa : 12.30 am . ( Datang awal boleh sembang-sembang. Hehehhe )

Jom tonton game bola paling gempak ahad pagi nanti ! Confirm la Chelsea menang kann. Hehehe. Muah ciked :*

0 comment... add one now