Run With Certainty berjalan dengan jayanya !




Pada 28 Mac telah diadakan satu larian yang bernama 'Run With Certainty' . Ratusan pelari berkumpul di Taman Metropolitan Kepong pada awal pagi Sabtu untuk meraih dana serta memberikan sokongan kepadaRun with Certainty pertama yang dianjurkan oleh Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd untuk meningkatkan kesedaran mengenai inkontinens.

Korang tau ke inkontinens ni ape?
Penghidap inkontinens mungkin menghadapi masalah terbuang air kecil atau besar tanpa disengajakan atau tidak boleh dikawal. 

Certainty Daypants menawarkan penyelesaian untuk masalah ini bagi mereka yang sentiasa aktif. Mesej yang ingin disampaikan oleh Certainty Daypants ialah keceriaan dalam hidup tidak perlu berakhir dengan inkontinens. Inkontinens adalah keadaan yang boleh diuruskan dengan mudah dan Certainty Daypants sedia membantu.

Larian amal tersebut menyaksikan pelbagai lapisan golongan dari tua sehingga muda, yang memilih larian sejauh 6km atau 3km di sekeliling taman tersebut. Run with Certainty juga bertujuan untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka tidak bersendirian dan tidak perlu menjalani kehidupan dengan memendam rahsia – dengan ratusan peserta yang menunjukkan bahawa semangat mengambil berat dan saling menyokong antara satu sama lain masih lagi wujud dan membara. Mereka yang mengambil bahagian jelas teruja untuk memanfaatkan kaki masing-masing bagi tujuan yang baik!



Hadir di acara tersebut, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, “Sungguh gembira dapat melihat komuniti pelari berkumpul dengan semangat Malaysia untuk memberi penekanan kepada isu yang jarang dibicarakan, dan tidak diendahkan seperti inkontinens. Saya percaya larian ini merupakan cara yang sangat baik untuk membawa keluarga dan komuniti bersama-sama menjadi cergas dan sihat, di samping itu, meningkatkan kesedaran mengenai inkontinens.”

“Kepada semua rakyat Malaysia, terima kasih kerana sudi bersama-sama berkumpul untuk berlari dengan penuh keyakinan, menyokong usaha Certainty bagi meningkatkan kesedaran mengenai inkontinens. Kesulitan ini semakin meningkat, memandangkan masyarakat kita kini bertambah matang dan moden. Jadi, inkontinens tidak seharusnya menjadi penamat keceriaan dalam hidup setiap individu atau penghalang, memandangkan ada produk yang boleh membantu seperti Certainty DayPants yang dihasilkan dengan bahan-bahan yang nipis dan berkualiti tinggi untuk memberi keselesaan yang terbaik,” kata Cik Low ChooiHoon, PengurusBesar DSG Malaysia dan Singapura.



Semua dana yang terkumpul dari acara ini akan disalurkan ke 4 buah rumah kebajikan yang dipilih oleh Datin Paduka Chew Mei Fun: Persatuan Kebajikan Ci Hang, Chempaka, Selangor, Rumah Caring Kajang, Sungei Way Old Folks Home dan Lovely Nursing Centre, SS3, KL.




Acara ini berakhir pada jam 11pagi, dalam suasana yang meriah dengan keceriaan jelas terpancar di wajah para peserta. Meraka membawa pulang medal yang direka khas serta cenderahati dari para penaja termasuklah Revive, Mentholatum (Deep Heating Rub), Julie’s, OldTown White Coffee dan Clinelle.

Tahniah kepada yang terlibat !

Post a Comment

2 Comments

  1. OOoo..inkontinens namanya ye..saya baru tahu...bagus jugak ada program gini..

    ReplyDelete