Blogger Party di KFC Pavillion best gilerrr !



Fuhhhh!

Jenuhhh melawan rasa malas Aten ni. Susah sangat nak mengupdate blog. Aherher.

Dah nak dekat-dekat kelas baru laaaa rajin nak update. Ish ish ish !

Kali ni Aten nak cerita pasal Blogger Party di KFC Pavillion haritu. Ramai jugak blogger yang datang kt event ni. Sebab event malam kann. So, lepas keje boleh terus datang event ni. Hehe

So, apa yang ktorg buat kt KFC?


Ape tuuuu? Bila last datang KFC korang ni? Haaa, tu lah KFC ZINGER RICE WRAP , produk terbaru KFC.  

Produk terbaru ni adalah sajian seimbang dan juga merupakan antara hidangan wraps yang pertama dalam industri restoran perkhidmatan segera yang menggabungkan nasi sebagai inti. KFC Zinger Wrap baru ni adalah gabungan kepingan Zinger kegemaran ramai dibalut dengan tortilla 9-inci yang enak berinitikan nasi Colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau.

Bagi mereka yang gemarkan hidangan yang lebih boleh memilih kombo mengandungi kentang goreng ( saiz bisa ) dan minuman Mountain Dew ( saiz biasa ) pada harga hanya RM7.80 ( harga kombo & ala carte berbeza mengikut lokasi )

Tengok pun dah sedap kannn? Tu korang belum makan lagi. Confirm menjilat jari uolssss. Harga? Sangat murah. RM4.90 je wehh. Murah kannn. Jom try ! :D

Lepas makan ape semua, ktorg main game yang dorang sediakan. Game ape? Macam-macam game ada wehh. Kira kita kena pass kotak kt member2 sebelah kita smpai habis lagu. Then sape yg pegang kotak tu kena baca game ape yg dorang kena buat. Fuhhh! Seram baq angg! Punya lah taknak terkena tapi terkena jgk ! Hahahah. Ape yg Aten kena buat? Menyanyiiiii depan dorang and dorang kena teka lagu yg Aten nyanyi. Hhahahha ! Macam tau-tau je Aten pandai nyanyi. Gituewww. Game lain contoh Chicken Dance, bungkus orang dengan tisu, buat ayam berkokok, buat orang gelak. Memang semua pun dok gelak je bila tengah game tu. Hahahah. Sangat sporting sangat happening !


Penutup Blogger Party mestilah bergambar beramai-ramai. Memang havoc gilerrr KFC malam tu dengan ktorg. Time event tu orang lain yang tengah makan situ pun tgk game ktorg. Memang best!

Terima kasih KFC ! Lepas ni boleh buat lagi and jemput ktorg lagi :D hehehe

Post a Comment

0 Comments