The Sky One City Mall - Tempat Menarik utk Lepak !


Sape pernah datang sini? Best kan kan kan? Aten pun haritu sebab pergi Launching The Sky ni haaa, tu yang boleh sampai. Kalau takkkk, taktau lah bila boleh sampai sini. Hehehe.

Nak tau apa yang menarik kt sini? Kt bahagian rooftop bangunan ni ada restoran-restoran yang sangat cantik dan menarik! Kalau korang nak tau, bahagian rooftop The Sky merupakan yang kawasan makan minum yang paling besar di Malaysia! Hebat kannn? Kreatif kan? *clap-clap*

Sampai je The Sky naik kt bahagian rooftop, ada sesi pendaftaran dan sesi fotografi. So, sape yang daftar, akan di-shoot oleh fotografer dan dapat satu copy gmbar. Tu gmbar Aten tu. Heee



Hai Vinod! Nak amek gmbar dengan saya cakap je lah. Jangan posing belakang mcm tu je. Tak best lah! Hehehe

Selepas tu ktorang dibawa masuk ke semua restoran yang ada di bahagian rooftop. Ada 6 restoran yang sangat cantik gilaaaa design dalam restoran tu. Sumpah tak tipu. Kalau buat photoshoot pun cantik gilaaaa. 

- Khrua Thai Restaurant (Thai Cuisine , seafood and sour, spicy dishes )
- de House Restaurant & Bar ( Western Cuisine )
- MasterRoom Restaurant ( Fusin dishes, darting and pool game provided )
- Inaho Sushi ( Japanese Food )
- Hong Dae Mun Restaurant  ( Korean Food and Local BBQ dishes, steamboat )
- The Voice ( live band boleh buat persembahan kt sini )

Mehhh nak tunjuk restoran-restoran yang ade kt sini. Harga? Jangan risau. Affordable ! :D






Ktorang jugak dihidangkan dengan makanan dari setiap restoran yang ada. Sedap gila wehhh. Ce tengok bawah ni. Heee









Pada waktu malam pulak ada persembahan yang dipersembahkan oleh artis-artis yang berbakat dan jugak permainan yang boleh join dan berpeluang menang sebanyak RM16,000! Best kannnn. Hehe

Kumpulan RJNV


Duo Ong & Sim ( menari sambil melukis )


Dina Nadzir



Perasmian The Sky yang sangat meriah dengan belon. Seronok bila tgk belon-belon tu berterbangan :D


Nahh tgk view dari rooftop ni. Memang cantik gilaaaa. Boleh nampak semuaaaa :D



Yang paling menarik kt sini bila lantai kt rooftop tu cermin dan korang boleh tgk orang kt bawah tu apa dorang tengah buat!


Haaa, boleh nampak bawah tu. Best gila wehhh. Aten pulak jenis yg tak takut tinggi2 nih. So, memang teruja gila bila dapat tgk bawah tu. Hehehe tu pun tak berapa clear sebab time ni hujan. Heee.


Thanks The Sky and Event Plus for the invitation! Lepas ni boleh jemput ktorg lagi yeee. Hehehe Muah ciked :*

{ 7 comments.. read them below or add one }

Nur Inani Nur Inani 27 January, 2015
boleh lah terjah pasni. memang cantik tempat dia :D
Saljiah Zafirah Saljiah Zafirah 27 January, 2015
cantik,nk gie juga la tempat ni..hihihi
Sue Izza Sue Izza 27 January, 2015
tak hajakkkkkk hahhahaha
Ishak hasimi Ishak hasimi 27 January, 2015
Tengok gambar yang kat atas kaca tu agak menyeramkan..kalau saya memang gayat dah
Hannah Aziz Hannah Aziz 28 January, 2015
wahhh best nya.. tak gayat ke? boleh singgah ni. kata mne sky one ni aten?