Teater Sirah Rasulullah Tahajuud Cinta

Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta

Semalam Aten dan #KelabBloggerBenAshaari berpeluang untuk menonton teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta yang telah diadakan di Istana Budaya. Dekat dengan rumah Aten kan, so pergi la kejap. Hihi. Thanks Kak Yaya amek hantar Aten. Hehehe

Sinopsis Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta :

Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy lahir bayi yang amat molai rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahirkan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah.
Dalam masa yang cukup singkat, Baginda Berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan. Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan.
Dengan barisan pencinta seni seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar, Datin Sri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali, Shiha, Sahronizam, Jessie Lim dan ramai lagi, pementasan drama muzikal tahun ini dibawakan pada 3 hingga 6 Januari 2015.
Tajuk : Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta
Tarikh : 3 Hingga 6 Januari 2015
Waktu : 8.30 Malam
Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Penerbit : Amazon Entertainment Productions Sdn Bhd
SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu- lagu kisah Nabi dan Selawat.
SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan satu-satunya produksi pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara yang akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W bersempena menyambut MaulidurRasul. Malah skrip dan konsep persembahan ini telah pun diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Selain membariskan nama-nama besar industry seni tempatan dan Indonesia, SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang akan bermain secara ‘live’ dan 6 orang penyanyi latar. Set dan props pentas pementasan ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri dari 12 set pentas dan 20 jenis props.
Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T
Harga tiket sepanjang teater dijalankan :
RM 53.00 | RM 103.00 | RM 153.00 | RM 203.00 | RM 253.00 | RM 403.00 |

Beli online pun bolehh. Beli kt sini : www.airasia.redtix.com
Sooo, apa tunggu lagi! Jommmm serbu Istana Budaya ! Takkan ada masalah parking. Jangan risau! :D

Post a Comment

0 Comments