Air Sejuk vs Air Suam


Aten selalu tertanya-tanya kenapa kalau orang yang nak jaga badan ni kena banyak minum air suam. Air sejuk tak boleh ke? So, ada masa niii Aten pun merajinkan diri mengoogle :D Nahhhh baca dan hadam dan simpan dalam otak! Amaran : Jangan malas membaca! 

Kenapa perlu minum air suam? 
Ramai yang menyangka tabiat minum air suam hanya petua atau cerita daripada ‘orang tua-tua’ sahaja.
Tetapi, pengamal penjagaan kesihatan juga memang berpendapat bahawa minum air suam dapat memanjangkan umur sel badan!
Air Sejuk VS Air Suam
“Minum air sejuk mungkin boleh beri kepuasan bagi menghilangkan dahaga.
“Tetapi ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan.
“Ini selanjutnya menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan," jelas pengamal perubatan Dr. A.Radha.
Minum air sejuk atau yang mempunyai ketulan ais adalah tidak sebaik minum air biasa dari segi hidrasi badan.
Teorinya adalah, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.
Ada pengkaji bidang perubatan yang mempunyai pandangan berbeza tentang sama ada minum air sejuk lebih baik daripada minum air suam terutama selepas melakukan senaman.
“Ada doktor yang menyarankan minum air biasa adalah lebih baik daripada minum air sejuk kerana badan terpaksa mengeluarkan tenaga lebih untuk memanaskan air sejuk ini ke tahap suhu badan, menyebabkan terjadinya kehilangan air dari badan.
“Tetapi ada juga doktor yang menyatakan bahawa selepas aktiviti senaman yang cergas, minum air sejuk akan mudah menyejukkan badan jika dibandingkan dengan air suam," jelas Dr. Radha.
Kata Dr. Radha, mereka yang minum air sejuk sebenarnya akan minum lebih banyak air kerana air sejuk rasanya lebih sedap dan lebih memuaskan.
Bila air sejuk melalui sistem dalam badan, ia mengentalkan lelemak makanan yang baru atau sedang dimakan.
Ini menyebabkan penghadaman serta penyerapan makanan lebih sukar selain dari membuang apa yang tidak perlu dari badan.
Tetapi jika ditukar air sejuk kepada air suam atau panas (seperti teh atau kopi), air yang suam itu akan membantu mencairkan lelemak dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan.
“Ia turut membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat," kata beliau.
Kalau hendak bantu seseorang yang tengah demam panas, jangan guna air sejuk tetapi gunakanlah air yang agak suam.
Kata Dr. Radha, air yang sejuk sebenarnya boleh merangsang dan menaikkan suhu badan. Jika mereka yang demam minum air sejuk, badan mereka akan jadi ‘kesejukan’. Jadi air suam adalah pilihan yang baik.
Minum air suam juga boleh menenang dan merelakskan badan, kata beliau lagi.
Warna kencing
Menurut Dr. Radha, indikasi terbaik sama ada badan mencukupi imbangan air adalah dengan melihat warna air kencing.
“Jika warna air kencing pekat kekuningan, seseorang itu mungkin tidak cukup air dalam badan, tetapi jika air kencing itu berwarna kuning pucat dan cerah maka kandungan cecair badan adalah mencukupi. Harus diingat warna air kencing pada sebelah pagi adalah lebih pekat," katanya.
Menurut beliau lagi, ahli sains percaya minum air suam ketika makan boleh membantu mengurangkan berat badan.
“Jika kita tukar air sejuk yang diminum dengan air suam seperti minuman teh, kopi atau herba, lemak dalam makanan akan kekal cair dan lebih mudah bagi serapan serta pengeluaran dari badan.
“Ini akan membantu mengurangkan berat badan selain membuang lemak dari bersalut dalam salur darah," katanya.
Mengikut amalan perubatan tradisional Cina, untuk kekal sihat seseorang digalakkan minum air suam.
“Air sejuk sebenarnya tidak baik untuk perut anda," katanya lagi.

Sumber : Internet.

4 comments.. read them below or add one

Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi 23 January, 2015
ohhh... baru tahuu.. terima kasih share info ni.
memang elak ler air sejuk haha :D
yoorin melacolea yoorin melacolea 23 January, 2015
bukan je minum air sejuk..selalu minum air berais.. huhu.. pasni kena take note laa kann
Nur Inani Nur Inani 23 January, 2015
dah dua tiga hai tak minum air sejuk. eheh. sebab diet kann :D
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 23 January, 2015
Nice sharing Aten ..Kak Lya biasa mminum air suam pagi2 ... Air sejuk kurang sikit sebab tak berapa dihat untuk tubuh badan ..