Movie Review | Manisnya Cinta di Cappadocia


Sinopsis :

Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.

Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang. 

Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya. 

Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya? 

Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca.

Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya. 
 

Trailer :


Review Aten :

Best cerita ni sampai menitis la 2 3 titis air mata Aten. Hebakkk! Romantik ala-ala cerita Istanbul Aku Datang. Memang best wehh! Sape suka cerita romantik-romantik ni sesuai la tgk cerita ni. Ada unsur-unsur lawak sikit. Part sedih pulak memang sedih sampai menangis la orang-orang kt panggung wayang td. Dashyatt. Ni pun, Aten rasa mcm nak tgk lagi. Hihi. Aten bagi 9.5 bintang dari 10 bintang. Yeayyy. Tengok tau! Jangan tak tengok. Pergi cecepat book tiket! :D

{ 7 comments.. read them below or add one }

Nur Inani Nur Inani 12 December, 2014
aaa. jeles sehh dia dah pergi tengok. hehe. esok baru cadang nak pergi tengok. eksaiteddd :)
Najlaa 'Aqilah Najlaa 'Aqilah 13 December, 2014
the only malay movie yang i teringin tengok! hehe. gotta watch this asap T_T

sincerely,
Najlaa 'Aqilah
Liza Licha Liza Licha 13 December, 2014
masa pergi wayang ritu tengok big hero 6. huhu :) kena tengok la nampak gayanya
Aku Penghibur Aku Penghibur 13 December, 2014
hehehe acik dah tnegok preview di astro ..jalan ceritanya boleh tahna
Yan Ty Yan Ty 14 December, 2014
Alaaa np x ajk... Haihssss
FREE Movies/Drama Online FREE Movies/Drama Online 28 February, 2015
memang best..syor sangat tengok cite nih