Filem Preview Rumah Pusaka Disimpang Jalan


Fuhhhh! Punya lah busy minggu ni. Tak terupdate entry yang lama-lama :3

Ni tidur lambat sikit lah. Nak siapkan entry yang lama-lama. Kalau tak, nanti dok terpikir-pikir je. Hukhuk.

Hari Isnin haritu Aten dapat invitation pergi ke filem preview Rumah Pusaka Disimpang Jalan di TGV KLCC. Setiap blogger boleh bawak satu kawan. Sooooo, Aten ngan Kak Uzu bawak dorang nihh.


Aten bawak Taufiq, Kak Uzu bawak Amar.

Kul 8 start daftar semua. Then ada makan-makan sikit. Haaa, time ni laaaa selfie dengan retis-retis yang datang.


Aten pun sempatlah bergambar dengan Fida, dengan Pekin, dengan Mamat Khalid. Tapi Aten upload dengan Fida je lah. Hihi.

Lepas makan semua masuk lah wayang.



Haaa, Aten dok belakang tauu. Punya nak dapat view yang cantik punya. 

Cerita yang berdurasi hampir 2 jam ni merupakan filem komedi yang mengisahkan beberapa orang asing yang telah dijemput ke sebuah rumah pusaka untuk menerima harta peninggalan. Namun, untuk mendapatkan harta pusaka tersebut, mereka terpaksa melalui ujian yang telah ditetapkan.

Antara pelakon yang terlibat dalam filem ni ialah Pekin Ibrahim, Jihan Muse, Shuk Balas, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Filem ni bakal ditayangkan pada 1 Januari 2015. 

So, apa lagi... Jangan lupa 1 Jan ni tau. Buat reminder cecepattt. Nanti terlupa. Ajak la kengkawan family semua hokayyy :D

Post a Comment

0 Comments