Cara Kempiskan Perut dengan Mudah


BICYCLE EXERCISE
  • Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan di belakang telinga.
  • Angkat lutut kiri atau kanan sehingga 45 darjag menghampiri perut dan lakukan seperti mengayuh pedal basikal.
  • Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang diangkat. Pastikan kamu tidak tarik leher terlalu ke depan. Sekadar memastikan bahu terangkat sedikit dan bukannya belakang badan.
  • Kemudia, selepas mengangkat lutut, pastikan ia lurus ke hadapan tidak kira berapa darjah. Untuk memberi kesan yang maksima, angkat sedikit sehingga 45 darjah dari lamtai.

BANGKIT TUBI KAKI TEGAK ( VERTICAL LEG CRUNCH )
  • Angkat kaki kamu tegak ke atas sambil bersilang
  • Angkat badan seperti kamu membuat bangkit tubi biasa.
  • Lakukan dalam 2 hingga 3 set dan dalam setiap set rendahkan kaki anda menghampiri lantai untuk memberi impak yang maksima. Setiap set boleh lakukan 16-18 ulangan.
BANGKIT TUBI TANGAN LURUS ( LONG ARM CRUNCH )
  • Baring di atas lantai
  • Lipatkan kaki
  • Luruskan tangan ke atas.

SENAMAN PLANK ( PLANK EXERCISE )
  • Buat aksi seperti kamu melakukan tekan tubi
  • Letakkan tangan depan kamu di atas lantai.
  • Pastikan belakang kamu tegak menghampiri lantai dan bukannya menjauhi lantai.
  • Lakukan selama 30 saat hingga 60 saat dan lakukan sebanyak 3 hingga 5 kali.
BANGKIT TUBI TERBALIK ( REVERSE CRUNCH )
  • Tolakkan lutut mendekati dada. Bermakna belakang kamu turut terangkat sekali
  • Pastikan tangan kamu bertindak sebagai tapak dengan mendepakan sedikit di atas lantai.
  • Angkat pinggul kamu. Ia merupakan tindakan yang mudah dan simple.

2 comments.. read them below or add one

shalimar yusof shalimar yusof 14 November, 2014
nk jdkan rutin ni payah klu xdisiplin...huuh..
Miss Tisya Miss Tisya 27 November, 2014
boleyla ikut lepasni....yeay!!!