Tips Kecantikan Asli & Hakiki


Semalam Aten ada baca pasal satu artikel ni mengenai kecantikan. So, entry ni Aten nak kongsi ngn korang pulak. Hee jemput baca :D

Cantik seseorang wanita itu datangnya dari hati dan karakternya, bukan hanya pada rupa paras dan fizikal semata-mata. Namun, ramai yang lebih mementingkan kecantikan fizikal berbanding dalaman sehinggakan sanggup mengambil pelbagai jenis ubatan ataupun melakukan pembedahan agar kulit wajah berubah kepada lebih cantik dan menarik. Namun, hakikatnya itu tidaklah kekal jika tidak dimulakan dari dalaman.

Dari sudut Islam pula, kecantikan wanita itu terletak bagaimana dia menjaga tatasusila, perlakuan, pandangan, percakapan, pakaian, agama dan auratnya. Itu merupakan kecantikan sebenar dan hakiki yang secara tidak langsung menjadikan setiap insan lain yang memandang akan merasa wanita seperti ini adalah sangat cantik.  
Dara.com ingin berkongsi pelbagai petua yang mudah dan boleh diamalkan untuk seseorang wanita mendapatkan kecantikan rupa paras dan tubuh yang asli dan berpanjangan. Mungkin ini membantu anda yang pastinya inginkan kecantikan daripada dalaman malah hakiki. Tambahkan setiap ramuan petua itu dengan sifat-sifat terpuji yang dituntut agama, pasti kecantikan itu lebih terserlah.

1.      Mengempiskan Perut
Perut yang kempis dan kemas impian setiap wanita. Tetapi, bukan semua jenis ubat pemecah lemak mampu mengempiskan perut kita. Jadi, petua ini mungkin akan membantu. Bancuh air teh tanpa gula satu cawan. Kemudian, perah sebiji limau nipis ke dalam teh tadi dan minum semasa ia masih suam. Bukan sahaja mampu mengempiskan perut malah mengemaskan juga. Baik juga untuk mengurangkan kolesterol dalam badan.

2.      Menaikkan Seri Wajah
Ramai wanita ingin kelihatan berseri-seri walaupun tanpa secalit bedak pun di wajah. Namun, bukan semua orang bernasib baik untuk punyai kulit wajah yang cantik dan berseri-seri. Jadi, cuba amalkan petua ini. Bukan sahaja untuk menaikkan seri wajah, malah untuk pelancaran darah juga. Ketuk dua inci kunyit hidup dan halia bersama-sama lima biji manjakani. Rebus kesemua bahan dengan dua gelas air hingga menjadi segelas. Amalkan pula dua kali seminggu.

3.      Wajah Lebih Menawan
Selain daripada petua menggunakan kunyit, halia dan manjakani. Anda boleh mencuba menggunakan air kelapa muda sebagai cara untuk menaikkan seri pada wajah. Caranya ialah dengan kacau setengah gelas air kelapa muda bersama-sama sebiji telur ayam kampung. Amalkan dengan meminumnya pada waktu tengah hari tiga hingga lima kali seminggu. Kulit lebih berseri dan kelihatan mulus.

4.      Menegangkan Kulit
Kulit yang tegang dan tanpa kedut sangat didambakan setiap orang. Mungkin kerana faktor usia dan tekanan kulit seseorang mudah berkedut dan kusam. Jadi, bagi mengembalikan keanjalan kulit wajah anda, amalkan petua ini. Bersihkan dan kisar lempoyang wangi sebesar ibu jari dan kunyit. Campurkan satu gelas air dalam adunan tadi. Kemudian, bahagikan kepada dua bahagian untuk diminum dua kali. Apabila hendak minum, campurkan madu dan kuning telur pada bahagian yang akan diminum terlebih dahulu.

5.      Hilangkan Senggugut
Senggugut sememangnya merunsingkan. Ramai wanita mengalami masalah ini dan sukar untuk mendapatkan petua yang sesuai dengan mereka. Mungkin kali ini boleh bertukar kepada petua menggunakan air rebusan daun sawi. Rebus sawi hijau yang segar dan minum air rebusan tersebut sebagai amalan. Insya-Allah akan berhasil untuk menghilangkan masalah senggugut bulanan anda!

6.      Meremajakan Kulit
Amalkan memakan daun salad kerana enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan vitamin A harian anda. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambahkan zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

7.      Tomato Ganti Kolagen
Amalkan memakan lima sudu makan tomato yang telah dihancurkan setiap hari akan membantu memberi perlindungan 25 peratus terhadap pancaran sinaran matahari. Selain itu, tomato juga mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.

8.      Kulit Tegang dan Lembut
Bagi anda yang inginkan kulit wajah yang lembut tetapi tegang seakan memakan vitamin C ataupun pengambilan kolagen, amalkan memakan secawan strawberi setiap hari. Ini kerana 130 peratus vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen ada dalam secawan strawberi.

9.      Elak Kanser Kulit
Jika anda memakan buah epal, wajar anda tidak membuang kulitnya. Ini kerana, terkandung Quercetin iaitu antioksida yang banyak dalam kulit epal tersebut. Ia dapat melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit. Jadi, amalkan bukan sahaja jus epal untuk kurus, malah memakannya untuk mendapatkan khasiat untuk kulit anda.

10.  Tempe atau Soya
Siapa sangka, tempe punyai banyak khasiatnya untuk kulit. Lebih banyak dan kerap anda memakan tempe, lebih kurang kedutan yang akan muncul pada wajah dan badan anda. Ini kerana, tempe antara makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang mampu melambatkan proses penuaan pada kulit.

Jom praktikkan sama-sama! :D

Post a Comment

2 Comments

  1. pcl sejak berhijrah ke Banting ni baru tau makan tempe, pecal dan segalanya makanan jawa.. awet muda lagi haha.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing....tp sy setuju sgt2 dgn sharing ni....tp paling best tempe tu ye...mmg sedap. goreng kering2...makan dengan sambal kicap time panas2...pergh!!! x nampak dah org kanan kiri.

    ReplyDelete