Tahniah Dato' Siti Nurhaliza !


Thorbaekkk lah kak iti! Muah ciked :*

Dato' Siti Nurhaliza Teruskan Kecemerlangan Di APM 2014

Anugerah Planet Muzik 2014 yang berlangsung semalam di Singapura sekali lagi menyaksikan kecemerlangan penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza apabila dia dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia.

Kemenangan tersebut merupakan trofi ke-26 Siti di APM sepanjang 13 tahun penganjurannya. Ia sekali gus mencatatkan satu lagi rekod baru di dalam karier pelantun lagu 'Jaga Dia Untukku' ini. Tahniah sekali buat Dato' Siti Nurhaliza.
Hurm. Bila laaa berkesempatan nak jumpa Kak Iti ni. Nak selfie ngn Kak Iti puas2 siap nak buat video sekali. Lepastu nak amek aura Kak Iti jgk >< hihi

Moga tercapai impian Aten yang satu ni :')

1 comment... add one now

Nazlee Ismail PCL Nazlee Ismail PCL 18 October, 2014
alahai mudah-mudahan dapat la nk jumpa kak Iti kamu tu aten... @reen :)