
Alhamdulillahhhh setakat ni mampu lagi menyahut cabaran Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari. Task hari ke 7 ialah mengenai kepentingan pendidikan bagi kita.
kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan.
Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus
hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada
pendidikan yang diterima. Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina demokrasi, dan membentuk masyarakat yang sejahtera. Ia juga memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan. Melalui pendidikan, individu berupaya membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri. Pendidikan bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Pendidikan yang berkualiti ini adalah satu konsep yang dinamik, berubah, dan berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks sosial, ekonomi, dan persekitaran setempat.
So, pendidikan bagi Aten sangat penting! Belajar lagi tinggi laaaaaaagi bagussss! Kenapa Aten cakap cmtu? Yelaaa orang kalau nak interview kerja pun tgk kita belajar takat mana. Gaji punn. Lagi tinggi kita belajar lagi banyak lah gaji kita. Yelaaaaa sekarang ni semua pun dah mahal. Setakat gaji 4 5 ribu tu pun cukup-cukup makan je. Even artis yang dapat duet banyak punn, diorang bukak business diorang sendiri nak tambahkan income diorang. Tapi kita? Kita kena keluar dari 'comfort zone' kita. Jgn selesa sgt. Tak kelak memakan diri. Kos sara hidup makin lama makin tinggi. Kalau yang bujang boleh la cover, ni yg dah ada anak dan isteri, semput gak lah kannn. Kira pendidikan ni membentuk kualiti kehidupan seseorang.
Konklusinya, jangan malas2 belajar yeee kaliann!