Ujibakat A Talent Academy


Terkejut, terharu semua ada bila aku check email ptg td. Tak sangka terpilih utk ke ujibakat yang dianjurkan A Talent Academy. Hihi. Lepas sebulan baru dorg email. Aku pun hampir lupa pasal ni. Alhamdulillah terpilihhh :)

Ujibakat ape ni? A Talent Academy? Tak pernah dengar pun. Meh nak habaq mai. hihi


Sarah yang bagi aku poster ni. Dari sini aku kenal A Talent Academy. Menarikkk. Tertarik dengan tagline ni, aku terus email gambar aku. Dari situ dia akan pilih siapa yang layak ke ujibat A Talent Academy ni. Alhamdulillahhh aku berjaya. Tetiba nervous pulakkk. Hehehe

Nervous? Ye laaaa. Nak jumpa Cikgu Shafi. Cikgu Shafi? Sape tu? Haaa, tgk bawah ni. Ni la Cikgu Shafi. 



comel kannn? Hihi

Cikgu Shafi ni merupakan seorang cikgu vokal Akademi Fantasia. Wahhh. boleh test nyanyi kt dia. Kot-kot layak masuk Akademi Fantasia. hihi. 

Meh baca biodata Cikgu Shafi.

Nama Penuh:
Syafizawati Sharif

Tarikh Lahir :
7 November 1977

JAWATAN:
• Pengetua dan Pengasas Shafi Vocal Studio
• Guru Persembahan Vokal
• Guru Vokal Teknikal
• Choir Master
• Guru Piano
• Guru Teori Muzik

TAHUN PENGALAMAN:
• 12 tahun

PENDIDIKAN:
• Sek. Men. Bukit Bintang, Kuala Lumpur
• Certificate of Teaching (CT ABRSM) (UK) (Introduction to Instrumental & Vocal Teaching (UK))
• Diploma in Music (National Arts Academy 2001)
• Grade 8 Vocal (ABRSM) 2000 (Associated Board of the Royal School of Music (UK)
• Grade 8 Theory of Music (ABRSM) 1997 (Associated Board of the Royal School of Music (UK)
• Grade 8 Pianoforte (ABRSM) 1997 (Associated Board of the Royal School of Music (UK)

PENGKHUSUSAN:
• Vocal Training
• Pop Singing
• Classical Singing
• Choir Training
• Harmony Group Training Theory of Music
• Harmony Writing (SATB)
• Piano

PENGALAMAN:
• Jurulatih vokal untuk program Akademi Fantasia Musim 4, 5, 6 & 7 (Astro) 
• Yamaha Music Centre (Ampang / Taman Melawati),
• Kolej Tuanku Jaafar (Mantin, Negeri Sembilan)
• Allegro Music School (Ampang)
• PDRM Band Singers (Bukit Aman)
• Galeri Guitar (Ampang)
• Sekolah Sri Bunga Raya

JURULATIH VOKAL UNTUK ARTIS SEPERTI:
• Stacy, Mila, Mawi, Dafi, Akim, Hafiz, Aril, Soo Wincci, Nurul, Rabbani, Amy Mastura, Erema, Nadia, dan ramai lagi.

Hebat kann? Tak sabar nak jumpa Cikgu Shafi! :D hihi

0 comment... add one now