Tahniah kepada Pemenang Drama Bersiri SELUDUP !



TAHNIAH! Yayyyyyy

Tahniah diucapkan kepada 2 pemenang peraduan #masukdramaseludup iaitu Mohd Andika Abdul Halim ( 25 tahun ) dan Nur Afieqah bt Zulkarnain (20 tahun ) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur sebab berjaya memenangi peraduann. Wahhhh hebattttt. Tepuk tangan sikit utk dorang :D hihi Dapat lah bergandingan dengan Tiz Zaqyah, Pekin Ibrahim, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya.

Dalam 130 penyertaan , dorang telah buktikan dorang mampu setanding dengan artis kita. Mcm Afieqah tu baru 20 tahun. Bakat terpendam tu. 

Bukan sahaja dapat berlakon dengan artis hebat Malaysia, tetapi dorang akan dapat RM15,000! Banyak tuuuu. Sape je yg nak bg kita free mcm tu je kannn? 

Tahniah lagi sekali! Diharap Afieqah dan Andika dapat menggunakan peluang ini sebaiknya! :D

Seludup, drama bersiri tiga belas episod diperkenalkan oleh Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Malaysia. Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat

Jangan lupa tgk video dorang tau, betapa hebatnya dorg smpai menjadi pilihan juri daripada 130 penyertaan :D



Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk :

Facebook : www.facebook.com/seludup

Instagram : Seludup

                                              ------------------------------------------------------

Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.
Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:   
Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com         

Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com                                                      

1 comment... add one now

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 20 August, 2014
Wahhh tahniahh! Bestnyaa dapat duit sebanyak tu! Bilalah ena ni dapat pegang duit sebanyak itu..