My AirAsia Free Seats!


Jika saya mempunyai 10 tempat duduk percuma Air Asia, saya akan ke SABAH dan membawa 9 orang ahli keluarga saya yang lain. Saya akan membawa mama, ayah dan adik-adik saya kerana mereka belum pernah menaiki kapal terbang lagi dan dengan cara ini secara tidak langsung memberi kelainan buat mereka kerana tidak lagi menaiki kereta tetapi kapal terbang. Sebagai anak sulung, saya merasakan tanggungjawab saya untuk memberi kebahagiaan untuk mereka dan kelainan untuk percutian kali ini justeru memberikan mereka satu pengalaman yang baru dan bermakna.

Kenapa saya memilih SABAH? 
Bumi Sabah sangat indah! Saya berasa sangat cemburu bila kawan-kawan saya semua menceritakan pengalaman mereka bercuti di Sabah. Sebab itu, saya ingin ke sana untuk merasai keindahan bumi SABAH. Selain itu, saya mempunyai sahabat baik yang menetap di Sabah. Dah lama kami tak jumpa dan berharap dengan mendapat 10 tempat duduk percuma ini, dapat lah saya membuat kejutan untuk dia bila saya tiba di Sabah nanti.

Semoga Air Asia merealisasikan impian saya! Terima kasih www.airasia.com kerana memberi saya peluang ini! I really want this 10 Air Asia Free Seats so badly! To Tony Fernandes, welcome to my blog! I hope you enjoy reading this blog post. Have a nice day ahead, Sir! 

Post a Comment

2 Comments

  1. Wahh ramai betul nak pergi Sabah ni... Ahaks... nanti kalau menang, hangkutlah ena sekali nee.. ekekekekek

    ReplyDelete
  2. *Mr Tony F said ; OK dear I will give U the tickets ! ~ semoga jadi kenyataan aten :)

    ReplyDelete