Tips Buang Rasa 'Awkward' Saat Presentation


“Alamakkk takut lah nak present kejap lagi. hurm”

Ayat biasa utk mereka2 yang kena present dengan orang yang kita tak berapa kenal. Aku pun dulu cenggitu gak. Tapak tangan sejuk kemain. hahahaha

Meh baca tips ni kot2 membantu korang utk hilangkan awkward atau neves bila nak present. heee

1)    Fahamkan slide yang kita bakal bentangkan. Kalau ada masa, cuba berlatih buat presentation beberapa kali agar sebutan dan percakapan kita jelas dan lancar.

2)    Pakai pakaian yang selesa dan kemas. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk memperagakan fesyen dan gaya kita tu. Jangan overrr lah senang cerita. Orang nak tgk presentation dan slide kita, bukan diri kita. Ingat tu..

3)    Penting ni. Tujuan utama yang harus dilakukan adalah untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada pendengar. Jadi pastikan segala maklumat letak dalam slide secara ringkas dan mudah di fahami.

4)    Minum air putih dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mulakan presentation. Keadaan ini akan membuatkan kita lebih tenang dan berada dalam keadaan yang terkawal.

5)    Cuba berlatih di hadapan cermin. Pastikan bercakap dalam keadaan tersenyum bukan berkerut sbb bila kita berkerut, kita akan buat penonton rasa rasa lebih tertekan dan tidak selesa dengan kewujudan kita di hadapan mereka. Oleh itu, senyuman mampu membuatkan penonton memberi feedback yang positif. Aku selalu buat yang ni. Mmg berjaya!

6)    Hati-hati, ada sesetengah pihak memang menunggu peluang untuk ‘menghentam’ kita. Jadi cuba minimalkan segala kesalahan dan jika ada masalah yang timbul bertenang dan jangan terlalu panik.

7)    Bagi sesetengah pihak, eye contact sangat penting saat membuat presentation. Tetapi, jika terlalu banyak membuat eye contact juga boleh membuatkan kita hilang fokus dan rasa lebih gugup. Jadi, tiada salahnya jika kita tetapkan satu titik fokus agar hilangkan rasa gugup.

8)    Sesuaikan gaya bahasa dengan penonton yang ada. Jika banyak golongan muda, pastikan bahasa yang digunakan mudah di fahami dan lebih bersahaja. Jika banyak dewasa gunakan bahasa yang lebih formal dan teratur.

9)    Ketika membuat presentation jangan lupa selitkan sekali elemen-elemen lawak dan mencuit hati. Jadi, penonton tidak akan bosan dan hilang minat mendengar presentation kita.

10)  Kalau kita ni jenis yang gugup, Saat memberi ucapan / membuat presentation cuba gengam sesuatu seperti klip kertas, tisu, pen atau apa sahaja yang boleh membuatkan kita rasa lebih yakin. Tapi kena ingat, sebolehnya jangan sampai orang tahu yang kita sedang menggengam sesuatu ya!

Jom cuba! :)

Post a Comment

1 Comments

  1. Heheh ena mula mula masuk universiti dulu, memang gelabah sangat sangat bila buat presentation.. now dah okay bila dah selalu lecturer suruh cakap kat depan.. practice make perfects

    ReplyDelete