Semarakkan Syawal dengan Puasa Enam


Berpuasa tidak terhenti selepas bulan Ramadhan berlalu. Tiba bulan syawal, kita disunatkan melakukan amalan mengikut sunah Rasulullah SAW dengan berpuasa enam. Ramai beralasan tidak mahu berpuasa kerana banyak undangan rumah terbuka waktu raya ni. Jangan terkejut, kerana selepas mengetahu fadhilatnya, anda pasti merasa rugi jika tidak berpuasa enam.

Rancanglah masa anda dan carilah enam hari dalam masa sebulan syawal kali ini untuk melengkapkan amalan sunat berpuasa enam ini. Anda pasti tidak menyesal.

MENGERJAKAN PUASA SUNAT ENAM HARI DI BULAN SYAWAL

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun”

Di antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:




  • Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan
  • Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.
  • Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.
  • Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jaraktujuh puluh tahun.
  • Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.

Mungkin juga ramai yang tidak mengetahui bahawa berpuasa selama enam hari ini juga mempunyai hikmah tertentu dari sudut kesihatan manusia. Setelah merehatkan sistem pencernaan selama sebulan di bulan puasa, pasti perut akan terkejut dengan kedatangan syawal yang dipenuhi dengan pelbagai jenis juadah istiimewa yang perlu dicerna. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada system pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur0ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Alangkah baiknya jika amalan  puasa yang diwajibkan ke atas seluruh umat Islam di bulan Ramadan diteruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini menunjukkan bahawa ibadat puasa yang dilakukan bukanlah semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan, akan tetapi perasaan diri sebagai seorang hamba yang taat dan patuh dalam merendahkan diri mendapat keampunan daripada Allah SWT. Seperti yang diperkatakan oleh para ulama’ :

 “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadan, sedangkan pada bulan lain Allah SWT dilupai”. 

Jom puasa enam reramai! :)

Post a Comment

0 Comments