Sehari Bersama Titian Serasa Ramadhan Anjuran Yeos Malaysia


Seawal 7.30 pagi, aku, kak sue, abe najeeb dan abg adi dah bertolak ke Shah Alam Convention Center ( SACC ) untuk menyertai Ramadhan Day-Out Fasting Camp 2014. Aku dapat join event ni pun sbb abg Ben Ashaari merupakan duta utk produk ni iaitu Yeos. haaa, kiranya sape2 ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yg free boleh join event ni dengan bayaran rm10 seorang. Selain Ben Ashaari, Heliza Helmi, Fayse dan KeQing juga merupakan duta yeos jgk.

Around 8.30 gitu, ktorg daftar di foyer SACC dan memakai baju yg disediakan. kaler purple. cantik uolssss. Aku dah sesiap pkai kasut purple gitu. hahaha. Lepas dah tukar baju tu, masuk dalam dewan dan ape lagiiiii



amek gambar lahhh! haha camera dan ktorg memang tak dapat dipisahkan. First time jumpa yaya and echa, dorg best sgtt. jumpa je terus rapat mcm dah lama kenal. hihi :D

Then, duduk dalam kumpulan sambil dengar ucapan perasmian daripada Ketua Pegawai Operasi Yeos, Ong Chay Seng dan juga berkenal-kenalan dengan duta-duta Yeos.


Dan macam biasalah bila dalam kumpulan mesti ada ice breaking session. Mcm biasa lah kenalkan nama semua. andddddd this is my group


ada 10 org sebenarnya. lagi 2 orang tu dorg datang lmbt sket. heee :) Alhamdulillahhh dapat kenal kawan baru. That is why aku suka peg event gini. dapat luaskan kuasamu. Ehhh dapat lah kenalan baru dari negeri lain2. 

Lepas sesi kenal2 tu ada ceramah sikit pasal kebaikan puasa, strategi puasa, kitaran puasa. tajuk ceramah tu Pahala di Bulan Ramadhan oleh pegawai JAKIM. best sangat!

Lepas tu ada persembahan nyanyian daripada KeQing dan Fayse. KeQing merupakan penyanyi dan pelakon terkenal. Fayse pulak merupakan Juara Astro Talent Quest 2004.

Lepas nyanyian, ada sihat bersenam bersama SusuSejat. So, dorang ajar cara senaman yg simple yang boleh dilakukan time bulan puasa. Contohnya Squat. tgk dalam gambar senang kan? ce korang try buat. hihihi.





Yang paling best? Mesti la lucky draw! wahhhh. banyak juga ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang lucky. Ada yg dapat pendrive, monopod, pendrive Ironman. Yang paling best lucky draw is dapat Ipad Mini, phone lenovo yang paling latest punye, Samsung Galaxy Grand 2, Keyboard, Powerbank. Perghhhh. Tapi aku tak bertuah langsungggg. Ape pun takde. hahaha . Tapi thanks to Bro Melastik Bintang sebab bagi monopod dia kt aku. Tengok gambar bawah nihh 


tadaaaa. Memandangkan dia dah hadiahkan monopod dia kt aku, aku nak promote blog dia kejap. hihi. nahh, korang boleh klik nihh. www.melastikbintang.com . jemput singgah blog dia. Maceh bro bagi monopod ni. Terharuuuuuu sbb ni first time jumpa dia then dia dah hadiahkan monopod ni :'D hihi

Selfie dulu sebelum bergerak ke rumah anak-anak yatim. Pepandai la carik aku. hihi :p


Then, around 12 tgh hari, aku Platoon A bergerak ke Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah ( RACTAR ). Antara aktivitinya ialah membersihkan kawasan rumah, menganyam ketupat, 10 photo challenge, menghiburkan kanak-kanak di rumah tersebut dan sumbangan berupa duit raya kepada adik2 RACTAR. 











Around 4 pm tu ktorg balik. Pergi ke SACC blk utk berbuka puasa pulakk. elok je sampai, amek gmbar bersama-sama dengan platoon A.



Platoon A mmg thorbaikkk lah. Semua sporting! yg bawah bergambar dengan Mr Lee, antara orang kuat Yeos jugak, sangat friendly. Hope dapat jumpa dia lagi. hehehe.

Then, fashion show! HAHA macam biasa laa. aktiviti paling popularrr kt mana-mana punnn. fashion show yang menggunakan kertas. hahaha. hebatttt. mcm2 style ada. gmbar? mahap takley letak kt sini, ada yg malu. hihi. kalau nak, boleh PM aku. hahaha.

Lepas tu bersiap utk berbuka pulakk. wahhh, sedapp makanan yg dorg sediakann.



lepas makan2 tu ada persembahan nyanyian daripada Heliza Helmi dan habis lah event Yeos semalam.


sempat bergambar dengan Heliza Helmi. Jangan jeles taw. hihi.


Sekali lagi, tahniah Germany menjuarai Piala Dunia 2014! Tahniah Mario Goetze sebab menjaringkan gol di masa-masa akhir. Tahniah! :D

{ 8 comments.. read them below or add one }

PakcikLie PCL PakcikLie PCL 14 July, 2014
wah fatin dah dapat piala dunia tuu... dasat2 ..hihi
KiD KiD 14 July, 2014
eh eh.. mana gambar abam kid? huhuuuuu... huhuuuuuu
yaya_flanella yaya_flanella 14 July, 2014
haha. comel betullah fatin ni! grr
fatinfuentebella fatinfuentebella 14 July, 2014
alamakkk, lupa letak. hewhew. next timeee okayhh hihi
fatinfuentebella fatinfuentebella 14 July, 2014
comel kak yaya lagi. hihi
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 14 July, 2014
bestnyaa anyam ketupat tu.. favourite ena anyam anyam ni... seronok lahai tgok korang buat aktiviti ni... tak de rezeki ena nak join
fatinfuentebella fatinfuentebella 14 July, 2014
Hihi. InsyaAllah next time kita jumpa ye ena :)