Raya kt rumah jeee..


Malam ni ada cerita sendu nak cerita . Tahun ni aku raya kt bandar jeee. Kira aku ni #TeamRayaTakdeKampung . Sedih tak sedih tak? Hurm. First time lah raya kt Selangor. Sedih wehh.

Seronok je tgk member2 yang dah angkut beg baju balik kg masing2. Siap skip class lagi. Punya excited nak raya lah katakan.

Memandangkan aku raya kt Serdang je, so aku tak ponteng class lah. Balik rumah 30 mins je kalau tak jammed. Kalau jammed, 3 jam pun baru smpai rumah. hahaha.

So, esok dan lusa ada class. So, datang je la mengubat duka lara sebelum nak raya. hewhew *lap air mata* drama sgt weh kau nih. hahaha.

Kenangan beraya di kampung? Dapat travel jejauhhh. Yelaaa, kampung aku kt Perlis. hihi. Biasa lepas subuh mesti dah gerak. Nak avoid jammed lah katakan. Main bunga api mercun ngn sedara depan rumah nenek, besar baq hangg laman depan tu. mercun bunga api semua di sponsor. Well, aku main bunga api je mampu. Takut aku nak main mercun. Aku nak kawen dlu wehh. hahaha. Lepas tu dolu2 rumah org2 kg, zaman budak2 mnx duet raya dulu lahh, penah dapat duet raya 50sen. Hahaha. Speechless aku. Alahaii kenangan sgt.

Konklusinya, aku rindu kampung! :'D

0 comment... add one now