Nak mengamuk apahal?


Isu pagi ni gua nak cerita, yang perempuan gangster terpekik dekat orang tua sebab langgar kereta dia (Peugeot CDM25). Berlaku di Kuantan, Pahang. Aku yg tgk ni pun panas je ngn perempuan ni. Gila apa.

Asal nak mengamuk lebih2? Siap speaking bagai?

Awak tu dah lah perempuan, bertudung pulak tu. Hurm. Malu aku tgk perempuan gini. Alahaiiii.

Yang paling aku tak boleh terima, kau tengking orang tua tu. Dia dah mintak maaf kan? Kena rasuk ke ape? Siap ketuk kereta pakcik tu dengan steering lock? Gila apa? Takyah lah nak rosakkan pulak kereta pakcik.

No attitude, no manners! Otak kt mana perempuan? Gila gila, tak tercapai dek akal gua. Haishh. Disebabkan kes gini, orang hilang respect kt Melayu. 

Boleh fikir dlu tak cik hakak sebelum nak bertindak? Kan kau dah famous kt facebook dengan perangai buruk kau. Nanti keluar statement bodoh kau yang mengatakan " korang tak rasa apa yang aku rasa " gilaaaaaaaaa. Aku still tak boleh terima.

Kesian pakcik tu. Kesiann. Hurm. Yang orang lain pun dok tgk jeee, tegur lah perempuan. Perghhhhhhh menyirap wehhh menyirappp!

Takde adab langsung! Pak cik tu dah mintak maaf kot. Benda boleh settle elok2 kalau kau tak ikutkan marah kau tu. Harap je bertudung. Dalam bulan puasa pulak tu. Geleng kepala aku dibuatnya.

0 comment... add one now